Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi November 16, 2022 @ 4:45pm

“Saya Lantang Sebab…” – Puteri Sarah Lega & Gembira Dapat Bantu Wanita Untuk Terus Bangkit

Pelakon Puteri Sarah Liyana, 37, memberitahu dia kini hanya mengambil perkara positif sahaja dan menghiraukan perkara yang memburukkan.

Memetik temu bual di sebuah program, Puteri Sarah berkata, dia cuba mengabaikan cakap-cakap negatif orang kerana hanya dirinya yang mengetahui apa yang dilakukannya untuk jadi sekuat hari ini.

“Kalau dulu saya suka baca komen orang, dia jadi habit sebab kita nak tahu apa yang orang cakap pasal kita tapi sebenarnya benda itu toksik dan buat saya down.

“Sekarang ini saya cuba abaikan dan ambil yang positif sahaja dan yang toksik saya tak mahu dengar sebab saya tahu apa yang saya buat.

“Kalau kita nak dengar cakap orang, kita mati, kita buat apa yang kita mahu lakukan dan jangan lebih-lebih dan kita tahu kita ada sokongan penuh,” ujarnya.

Pelakon Suri Hati itu juga meluahkan rasa lega apabila dapat bantu golongan wanita yang berdepan masalah sama dengannya malah lebih gembira dengan kekuatan yang diterimanya untuk kembali bangkit.

“Saya lantang sebab ada maksud, saya rasa saya ada kekuatan untuk tolong diri saya tetapi untuk tolong orang ramai di luar sana.

“Jadi bila saya rasa saya lantang, sesuatu perlu dilakukan. Bila saya lantang, makin ramai yang bangkit dan mereka memerlukan saya untuk beri nasihat dan panduan.

“Saya rasa gembira untuk bimbing mereka ini sebab saya tahu ramai yang tidak tahu nak pergi mana, nak buat apa, macam mana nak mula. Dan saya dah buka ruang untuk mereka, selepas apa yang saya dah buat, saya dengar cerita sekarang ni dah 3 kali ganda dah laporan berkaitan kejadian gangguan orang ketiga, orang dah mula berani bersuara.

“Saya berasa gembira untuk berbuat begitu, tolong orang dan memberitahu panduan sebab ia tak sukar. Saya rasa lega, pahala pun dapat dan bila kita mudahkan kerja orang, Allah permudahkan apa yang kita buat.

“Saya tak pernah sepositif macam ini, mula-mula macam takut juga, tapi bila saya dapat kekuatan ada juga orang yang ingin jatuhkan saya bila saya bercakap lantang tapi saya cakap tidak, saya bukan bantu diri saya sahaja tapi wanita-wanita dekat Malaysia,” jelasnya.

Sebelum ini, rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof didakwa dilanda masalah disebabkan kehadiran orang ketiga dan kes tersebut masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Puteri Sarah yang berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014  kini dilihat lebih fokus kepada karier dan bahagia disamping keluarga tercinta.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 12 Oct 2018

Rawat Masalah Jerawat Dengan Hanya Menggunakan Aloe Vera

Aloe vera juga merupakan pelembap yang baik dan bantu melambatkan proses penuaan.

Hiburan Tue, 5 Dec 2017

Shashi Kapoor Meninggal Dunia

Shahshi Kapoor meninggal dunia pada 5.20 petang, 4 Disember di Hospital Kokilaben. 

Featured Thu, 2 Mar 2023

Hanya Mahu Tuntut Nafkah… Madu Miera Leyana Enggan Cerai, Masih Sayang Rumah Tangga – “Pulanglah & Berbincang…”

Allahu, sedih pula 😭 Isteri pertama hanya nak tuntut hak, tapi sukar nak berkomunikasi 🤭 hm..

Hiburan Fri, 17 Nov 2017

Cinta Lokasi Bukan Pilihan Zul Ariffin

Tolak cinta lokasi kenapa ye ? Takut terputus ditengah jalan lagi ke seperti yang sebelum ini

Trending Mon, 27 Apr 2020

Benarkah Penularan Wabak Covid-19 Bakal Berakhir Mei Ini?

Marilah kita sama-sama doakan yang terbaik!

error: Content is protected !!