Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 10, 2024 @ 2:30pm

Tamatkan Aksi Final… Dhabitah Sabri Bersyukur Diberi Peluang, Titip Ucapan Buat Jiggy Masin – “Thank You Sayang!”

Menamatkan terjunan di kedudukan ke-12 di pusingan akhir Sukan Olimpik Paris 2024 pada Jumaat, penerjun negara Nur Dhabitah Sabri meluahkan rasa syukur apabila diberikan peluang untuk beraksi kali ini.

Katanya, sebelum ini dia tidak putus berdoa agar diberikan ruang dan peluang untuk mendapat tempat di sukan Olimpik sehinggalah berjaya tersenarai menjadi antara finalis yang bertanding bagi kategori 3 meter papan anjal individu menentang 11 lagi atlet.

Menurutnya, banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa dilalui termasuklah hanya diberikan masa yang cukup singkat untuk membuat persiapan sempena sukan bertaraf dunia ini.

“Allah bagi more that what i ask for. I ask for an Olympic spot. Alhamdulillah, dia bagi. In fact, Allah bagi more than that.

“Allah bagi saya jadi finalis in the Olimpik. Given the fact that i prepared in such a short period. Banyak lagi yang perlu disyukuri daripada kecewa dengan satu perkara,” ulasnya.

Dhabitah berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di ruangan Instagram Stories miliknya.

Dalam pada itu, isteri kepada pelawak dan pelakon Jiggy Masin ini juga sempat menitipkan ucapan terima kasih buat suaminya yang tidak putus-putus memberikan semangat sepanjang penglibatannya dalam sukan terjun.

“Thank you sayang. You know my struggles, how i almost give up. Tuhan memang nak tolong saya,” katanya.

Terdahulu, Dhabitah memulakan saingan dengan agak baik apabila dua terjunan awalnya mencatat 63.00 dan 60.00 mata untuk menduduki tempat tiga teratas.

Namun, terjunan ketiganya dilihat tidak menjadi sekaligus menyaksikan Dhabitah hanya mampu mengutip 37.50 mata menyebabkan dia beralih ke kedudukan kesebelas.

Kesilapan dalam dua terjunan itu nyata menjejaskan peluangnya untuk menduduki sekurang-kurangnya kelompok lima terbaik.

Sekadar info, pada terjunan terakhir,  Dhabitah meraih 55.80 mata untuk mengumpul keseluruhan 244.80 mata bagi menamatkan saingan di kedudukan terakhir daripada 12 penerjun.

Pingat emas dan gangsa dimenangi Chen Yi Wen serta Chang Yani dari Cina, manakala Maddison Keeney dari Australia merangkul pingat perak.

ARTIKEL BERKAITAN:Berjaya Mara Ke Separuh Akhir, Jiggy Masin Beri Sokongan Padu Buat Dhabitah Sabri – “Let’s Go Sayang!”

ARTIKEL BERKAITAN:Olimpik Paris Dah Nak Dekat… Jiggy Masin Nak Ikut Nur Dhabitah Pergi Training, Tak Sanggup Kena Tinggal Berbulan-Bulan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 29 Sep 2018

Dayangku Intan Selamat Jalani Pembedahan Derma Buah Pinggang

Alhamdulillah…Penyanyi malar segar, Dayangku Intan selamat menjalani pembedahan mendermakan buah pinggang kepada suaminya, Rosman Yahil di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur. Pengurusnya, Rushuhaimin Ab Rahman, berkata pasangan berkenaan sudah keluar daripada bilik pembedahan dan […]

Featured Sat, 29 Mar 2025

[VIDEO] “Berkarisma, Tinggi & Kurus” – Madammu Puji Fazura Miliki ‘Pakej’ Lengkap Wanita Cantik

Kata Madammu, aktres itu bukan sahaja kelihatan cantik malah memiliki karisma.

Hiburan Tue, 3 Mar 2026

Beri Bayangan Rumah Tangga Bersama Azlan Komeng Berakhir, Nilam Ortiz Terima Takdir Ilahi

Nilam turut menyifatkan Azlan seorang sosok suami yang bertanggungjawab

Hiburan Sat, 15 Dec 2018
Trending Wed, 18 Nov 2020
Featured Fri, 5 Oct 2018

6 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Minum Air Sarang Burung Untuk Kecantikan

Warna sarang burung bukan berasal daripada darah burung Walet.

Hiburan Sat, 23 Nov 2019

Alhamdulillah…Haqiem Rusli Bawa Keluarga Tunai Umrah 28 November Ini

Alhamdulillah… Semoga semua urusan dipermudahkan buat Haqiem & keluarga.

Hiburan Tue, 21 Nov 2023
Featured Tue, 17 Jun 2025
error: Content is protected !!