Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 8, 2024 @ 3:52pm

Berjaya Mara Ke Separuh Akhir, Jiggy Masin Beri Sokongan Padu Buat Dhabitah Sabri – “Let’s Go Sayang!”

Pelakon, pelawak dan pengacara, Jiggy atau lebih dikenali sebagai Jiggy Masin meluahkan rasa syukur apabila isterinya yang juga atlet negara, Dhabitah Sabri berjaya ke pusingan separuh akhir bagi kategori 3 meter papan anjal di Sukan Olimpik Paris 2024 yang berlangsung hari ini.

Menerusi perkongsian di ruangan Instagram Stories, Jiggy atau nama penuhnya, Mohamad Aizat Ahmad Nazri, 35, berkongsi kedudukan terkini isterinya itu yang meraih tempat ke-12 daripada 28 peserta dalam saingan awal.

“Alhamdulillah, semi final baby. Jangan lupa semua, teruskan memberi sokongan kepada mereka,” tulisnya ringkas.

Terdahulu, Jiggy menerusi temu bual bersama media mengakui, dia memahami kerjaya isterinya itu apabila terpaksa berjauhan kerana Nur Dhabitah Sabri sering ke luar negara.

Malah, dia turut menerima ‘pesanan’ daripada isterinya agar sentiasa menjaga diri dengan baik sepanjang ketiadaannya.

Sebelum ini, Nur Dhabitah berjaya melangkah ke separuh akhir acara 3 meter papan anjal apabila mengumpul sebanyak 283.65 mata selepas lima terjunan sekaligus melengkapkan peluangnya menjadi 18 penerjun yang berjaya ke separuh akhir.

Pada penyertaan di Olimpik Tokyo lalu, Nur Dhabitah berjaya menamatkan saingan di tempat keempat dengan 326.15 mata, dipisahkan 17.6 mata berbanding pemenang pingat gangsa dari Amerika Syarikat, Krysta Palmer.

Sekadar info, Jiggy dan Dhabitah sah bergelar suami isteri pada 28 April 2023.

Jiggy sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan pengacara, Elly Arifin pada 9 September 2016 namun bercerai pada 30 Januari 2020.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 15 Aug 2025

“Hebatnya Doa Ni Kadang Baru Terlintas Dalam Hati, Allah Dah Makbulkan” – Neelofa

Noor Neelofa Mohd Noor berkongsi kelebihan dan kehebatan berdoa.

Featured Tue, 7 Apr 2026

Luang Masa Bersama Hawra, Kamal Adli Ucap Terima Kasih Pada Uqasha Senrose – “Alhamdulillah, Thank You So Much Ibu!”

Pelakon Kamal Adli meluahkan rasa syukur dan gembira apabila dapat meluangkan masa bersama anak tunggalnya, Hawra Uqaira.

Events Fri, 3 Jun 2022
Hiburan Tue, 23 Aug 2022
Hiburan Sat, 7 Sep 2019

Aiman Tino Tawar Wang Tunai Kepada Pencuri?

Siapa sangka makan malam santai bertukar menjadi tragedi?

Hiburan Wed, 4 Jun 2025
Trending Fri, 8 Jan 2021
error: Content is protected !!