Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida June 27, 2018 @ 12:40pm

Alvin Chong Akui Hidup Lebih Teratur

Selepas bertahun mengurukan karier seni sendiri, artis berbakat Alvin Chong secara rasminya menyertai Universal Music Malaysia sebagai artis 360 syarikat rakaman ini.

Artis 26 tahun itu, yang menandatangani kontrak bersama Universal Music Malaysia pada penghujung 2017 berkata, kariernya berkembang lebih baik sejak itu.

“Tidak sukar membuat keputusan ini kerana Universal Music ibarat keluarga saya sendiri,” jelas Alvin yang mencipta nama menerusi drama TV kesukaan ramai, ‘Suri Hati Mr. Pilot’.

Pelakon dan penyanyi ini juga mengakui, jadualnya semakin padat sejak menyertai Universal Music.

“ Yang bagusnya sekarang, saya tidak perlu lagi serabut memikirkan perkara-perkara penting kerana Universal Music banyak membantu saya dari segi itu.

“ Dahulu saya sendiri yang terpaksa menyelesaikan segala macam hal, selain mengatur temu janji dan membuat persembahan sendiri.” katanya.

Baru-baru ini, Alvin telah melancarkan single “We Got This” bersama Isabela Vinzon, naib juara The Voice Teens Philippines 2017. Video muzik rasmi lagu itu bakal bertemu peminat pada 29 Jun.

Dalam pada itu, Alvin juga dalam proses mengeluarkan satu lagi lagu, kali ini bersama penyanyi Indonesia, Dea Dalila. Lagu berjudul “Mencintaimu 99%” itu bakal dilancarkan pada 6 Julai, dan bertujuan untuk pasaran Indonesia.

Pengarah Urusan Universal Music Malaysia & Singapura, Kenny Ong berkata, pemilihan Alvin amat mudah, kerana mereka melihat potensi besar yang dimilikinya.

“Alvin memiliki banyak kebolehan dan kami tahu bakatnya akan terus berkembang. Kami sudah pun bekerjasama dengannya melalui kolaborasi di Filipina dan Indonesia, serta merancang untuk menyasarkan pasaran besar lain di Asia Tenggara, termasuk China, Taiwan dan Hong Kong, dalam masa terdekat.”

Meskipun jadualnya padat, penyanyi itu baru-baru ini diumumkan sebagai duta jenama Kia, Vivo Malaysia dan Fujifilm, selain terlibat dengan pelbagai kempen bersama jenama seperti Certina dan Bodyholic.

Dengan bakat dan kebolehan yang dimiliki, Alvin Chong antara bakat baru  yang perlu diberi perhatian kerana kemampuannya untuk menakluk pasaran rantau Asia. Good Luck, Alvin! 
 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 26 Oct 2022
Featured Mon, 8 Sep 2025
Featured Wed, 27 Dec 2023

Yusof Haslam Mohon Jodoh Terbaik Buat Puteri Sarah – “Moga Lelaki Itu Dapat Membahagiakan Dia & Anak-Anak”

MasyaAllah, baiknay Datuk dan Datin yang sentiasa doakan Puteri Sarah ❤️❤️❤️

Featured Mon, 9 Jan 2023
Hiburan Mon, 7 Oct 2024

Fattah Amin, Fazura Sah Bercerai Talak Satu

Mungkin ini yang terbaik untuk mereka berdua

Hiburan Sun, 16 Jun 2019

Bekas PRO Siti Nurhaliza Meninggal Dunia

Al-Fatihah buat Bahanordin Deraman…

Hiburan Wed, 24 Apr 2019

Demi Avenger: Endgame, Penonton Sanggup Bangun Awal & Serbu Pawagam!

Ratusan peminat filem Avenger mula menunggu di premis pawagam seawal jam 6 pagi, hari ini. Filem Avenger: Endgame yang mula ditayangkan hari ini memecah rekod apabila menerima kutipan sebanyak RM10 juta bagi pembelian tiket awal. […]

error: Content is protected !!