Euforia Bola 2026
FESYEN By: Salma Syahbuddin May 8, 2018 @ 2:18am

“Lucu Ada Yang Bercakap Saya Jadi Mangsa Fesyen”- Neelofa Perjelas Isu Baju Saiz Besar

Beberapa hari lepas, kecoh dimedia sosial apabila gambar Neelofa memakai baju bersaiz besar dilengkapi dengan pouch bag pada sebuah acara mendapat perhatian netizen. Malah, ada yang mengatakan bahawa fesyen yang dikenakan oleh pelakon dan pengacara ini adalah tidak sesuai dan menurut mereka, Lofa menjadi mangsa fesyen pada malam tersebut.

Menjawab persoalan itu, Lofa menyifatkan bahawa beliau sudah lali dengan kritikan dan komen netizen. Baginya, dia cukup bangga kerana dipilih untuk menyarung persalinan berjenama mewah itu pada malam tersebut. 

“Terus terang saya katakan saya suka dengan persalinan itu. Pernahkan saya peduli dengan apa yang orang cakap? Ini bukan kali pertama saya dikutuk, malah saya sudah lali. Saya bangga memperagakan persalinan itu dan berasa lucu apabila ada yang cakap saya menjadi mangsa fesyen.” Katanya

 

Menurut Lofa, meskipun ada dikalangan keluarga dan kenalan beliau yang tidak menggemari fesyen tersebut, namun Lofa sama sekali tidak janggal untuk menyarungkan persalinan tersebut kerana, fesyen tersebut sudahpun menjadi trend pada musim 2018 di Eropah.

“Tahun ini, aliran fesyen lebih tertumpu kepada konsep ‘cover up’. Kalau kita lihat, perkembangan fesyen di Eropah sudah ke arah itu Jadi, apabila saya diberi peluang untuk menggayakan persalinan itu, semestinya saya suka. Orang yang tidak faham dan mereka hanya tahu mengkritik dan mengecam. Sebagai seorang yang sentiasa didedahkan dengan fesyen yang menutup ini, patut rasa bangga. Cuma mungkin mereka kurang arif kerana fesyen itu subjektif.” Jelasnya

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 10 Jun 2023
Hiburan Thu, 13 Nov 2025

Malique Muat Naik Foto Hospital Bahagia, Netizen Mulai Buat Spekulasi

Malique cetus spekulasi muat naik foto di hospital bahagia

Featured Tue, 10 Jan 2023
Hiburan Fri, 21 Feb 2020

Takziah, Anak Dayangku Intan Meninggal Dunia

Takziah diucapkan buat keluarga Dayangku Intan.

Hiburan Tue, 5 Nov 2019

卢广仲大马站演唱会1111光棍节开票!定档12月来马宣传

卢广仲将于2020年1月4日巡回到吉隆坡,而期待已久的开票日,终于定案「光棍节」11月11日,早上11时网络上公开发售!已经定档12月来马宣传的卢广仲也喊说要趁机去古城马六甲玩。

Featured Wed, 18 Jan 2023

Keadaan Semakin Pulih, ‘Yes Sir’ Buah Tangan Terbaharu Zamani Buat Peminat

Semakin pulih selepas menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang yang melengkung akibat penyakit skoliosis, penyanyi terkenal Zamani kembali semula mewarnai industri seni tanah air dengan lagu terbarunya berjudul Yes Sir. Lagu ini juga turut dinyanyikan bersama […]

error: Content is protected !!