Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi November 22, 2022 @ 11:46am

[VIDEO] Ramai ‘Bitter’ Farisha Iris Kongsi Pentas Dengan Raisa, Ini Penjelasan Empunya Badan – “Saya Memang Peminat Fanatik, Bukan Sebab…”

Bahang konsert penyanyi popular negara Indonesia, Raisa yang berlangsung pada Ahad lalu masih menjadi sebutan ramai.

Antara yang menjadi tarikan ialah momen penyanyi baharu, Farisha Iris yang mengejutkan ramai apabila diberi peluang untuk naik ke atas pentas bersama Raisa.

Ia susulan sebuah video yang dikongsikan di akaun TikTok miliknya mencetuskan perbalahan antara netizen yang mendakwa dia dipanggil ke atas pentas atas tiket selebriti.

Menerusi video tersebut, Raisa meminta Farisha untuk menelefon bekas kekasihnya di hadapan orang ramai, namun panggilannya tidak diangkat.

Raisa kemudian memberi idea kepada Farisha untuk membuat video khas kepada bekas kekasihnya itu.

“N (panggilan bekas kekasih), saya ada sesuatu untuk awak,” katanya dan lantas menyanyikan lagu Mantan Terindah bersama-sama.

Menjawab persoalan ramai yang mendakwa punca dirinya dipanngil adalah kerana bergelar seorang selebriti, Farisha berkata dia adalah peminat fanatik Raisa.

“Ramai yang kata saya artist la influencer bolehlah naik. Eh semalam tu saya memang fanatik gila dekat Raisa.

“Orang yang terdekat saja tahu saya memang peminat Raisa dan Alhamdulillah semalam adalah rezeki saya.

“Saya menjerit kuat untuk dia bila dia cakap ‘Nak borak dengan peminat pasal mantan (bekas kekasih)’, jadi saya angkat tangan, jerit-jerit semua tu. Security pun dah flash lampu dekat saya, jadi saya naik lah.

“Rezeki kan, nak buat macam mana dah naik dan dah cerita dah pun pasal ex. Tapi memang saya sangat happy sebab tak sangka dapat jumpa Raisa secara dekat sangat,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 27 Apr 2026

Netizen Nasihat Anak Norish Karman Jangan Memilih Kerja, Bantu Cari Rezeki Keluarga – “Lifestyle Macam T20, Tapi…”

netizen menitipkan pesanan kepada Amanda untuk berusaha keras mencari kerja dan tidak memilih

Hiburan Mon, 18 Dec 2023

“Abang, Maafkan Saya” – Tak Mampu Sumbang Lebih Banyak Dana Buat Allahyarham Ibnor Riza, Aznil Nawawi Rasa Bersalah

Pak Nil dah bantu sebaik mungkin, Allah lebih sayangkan arwah abang Ibnor Riza❤️ Al-Fatihah.

Trending Tue, 24 Jul 2018
Hiburan Thu, 16 May 2019

Punyalah Manja…Suami Nak Makan Masakan Syahrini Sahaja!

Kalau tidak, dia tidak mahu makan. Begitu. Manja ya Pak RB…

Featured Thu, 20 Oct 2022
error: Content is protected !!