Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain November 24, 2022 @ 4:16pm

Akui Terkejut, Alvin Chong Titip Pesan Buat Nad Zainal – “Dia Seorang Yang Sangat Kuat…”

Pelakon Alvin Chong mengakui terkejut selepas mendengar berita aktres Nad Zainal telah dimasukkan ken Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat jangkitan kuman pada paru-paru, baru-baru ini.

Menurut Alvin, dia mengetahui perkara tersebut selepas pengarah dan penerbit, Shahrulezad Mohamedin memaklumkan berita itu menerusi ‘Whatsapp Group’ drama Takdir Yang Tertulis, lakonan mereka.

“Saya tak tahu. Kita tahu pun dua hari lepas masa dia admit tu. Masa tu abang Ijad hantar dalam group chat untuk mendoakan kesihatan untuk Nad. Masa saya tahu tu Nad dah masuk ke hospital tapi macam nak ditidurkan sebab masalah paru-paru,” katanya.

Selain itu, Alvin juga menyatakan bahawa Nad tidak pernah menunjukkan atau memberitahunya sebarang perkara berkenaan penyakit yang dihadapinya.

Namun, dia sempat menitipkan pesanan kepada pelakon jelita itu agar terus kuat dan menjaga kesihatannya selepas sembuh nanti.

“Apa pun saya tahu Nad seorang yang sangat kuat bekerja dan suka berlakon. Dia seorang pelakon yang sangat hebat dan komited. Masa berlakon Takdir Yang Tertulis pun dia sangat banyak membantu saya.

“Jadi, saya nak dia tahu selepas dia dah sembuh dan sihat nanti, saya minta dia belajar seimbangkan waktu bekerja dan sayang diri sendiri. Sebab kalau tak berlakon, dia jual produk kat TikTok.

“Kita ni manusia dan perlukan rehat juga. Duit tu kalau tiada, boleh cari lagi. Tapi kalau kesihatan kita tak jaga, nanti orang yang sayang kita akan sedih,” jelasnya.

Pendedahan tersebut telah dibuat oleh Alvin ketika ditemu bual untuk mempromosikan drama terbaharunya Kerana Cinta Itu Ada, semalam

ARTIKEL BERKAITAN: Nad Zainal Dimasukkan Ke ICU Akibat Jangkitan Kuman Paru-Paru

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Terpaksa Ditidurkan Selama…” – Alami Paru-Paru Berdarah, Rakan Selebriti Mohon Doakan Keadaan Nad Zainal

ARTIKEL BERKAITAN: “Kuat Demi Yem & Som” – Makin Kritikal, Bekas Suami Sempat Jumpa Nad Zainal Sebelum Dikejarkan Ke Hospital

ARTIKEL BERKAITAN: Akui Sebak Dengar Soalan Yem, Elvina Mohamad Harap Nad Zainal Terus Kuat – “Ramai Sayang Mu”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 26 Sep 2018

Anak Gaduh Bapa Campur Tangan, Rakan Sekelas Mati Ditikam Tanpa Belas Kasihan! Kejamnya!

Budak lelaki dijumpai terbaring dan berlumuran darah di atas lantai bilik air.

Trending Thu, 11 Jun 2020
Hiburan Tue, 10 Jul 2018

金厉旭退伍帅气回归 SuperJunior成员现身迎接

SuperJunior成员金厉旭结束21个月的兵役生活正式退伍!

Hiburan Sat, 24 Feb 2018

ARTIS ‘2L’ PULA KONGSI TARIKH SAMA DAPAT ANAK

Artis ‘2 L’ yang dimaksudkan tidak lain ialah bekas vokalis kumpulan Kristal, Mohamed Razlan,32,  yang kini bergelar Lan solo dan  bekas penyampai radio, Rozlindah Onn atau lebih dikenali sebagai Linda Onn, 

Featured Thu, 9 Mar 2023
error: Content is protected !!