Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari November 25, 2022 @ 5:12pm

SFMM37: Alami Masalah Kotak Suara & Pernafasan, Hael Husaini Mohon Maaf Andai Aksi Tak ‘Menyengat’

Gara-gara mengalami masalah kotak suara dan gangguan pernafasan berpanjangan akibat jangkitan COVID-19 sebelum ini, penyanyi Hael Husaini memohon maaf jika aksinya di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik Ke-37 esok tidak memuaskan.

“Kemampuan nyanyian saya agak menurun ketika ini. Namun, saya berjanji cuba memberi yang terbaik.

“Saya ingin minta maaf awal-awal jika banyak kekurangan kelak,” kata Hael.

Memetik laporan BH Online, Hael pada awalnya merancang untuk tidak mahu beraksi atas sebab kesihatannya tapi berdepan dengan kesukaran mencari penyanyi ganti Hael mengambil keputusan untuk menyanyikan sendiri lagu yang tercalon berjudul Sama Seperti Dulu dan cuba elak daripada tarik diri.

“Ketika lagu sayan diumumkan bersaing pada SFMM37, saya berbelah bahagi akibat masalah kotak suara dan gangguan pernafasan.

“Jika persembahan biasa, saya tidak kisah… Ini pertandingan besar. Saya meminta pendapat pihak produksi, penasihat vokal dan syarikat rakaman sebelum membuat keputusan.

“Saya tidak pernah tarik diri kerana mahu lagu ini bertanding biarpun didendangkan penyanyi gantian.

“Namun, saya gagak mendapatkan pengganti kerana kesuntukan masa. Selepas berfikir panjang, saya setuju beraksi semampu yang boleh asalkan lagu saya lepas ke SFMM37,” ujarnya kepada BH Online.

Walaubagaimanapun, pelantun lagu Haram itu memohon doa daripada para peminat agar dia dapat memberi persembahan terbaik bagi membawa lagu ciptaan bersama Iqie Hugh, esok.

Acara berprestij ini berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam bermula hari ini dan Sabtu pada jam 3 Petang.

Sumber: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 29 Nov 2019

“Berilah Kepercayaan Kepada Kami Untuk…” – Hans Isaac

Masih baru memegang pucuk pimpinan, bagilah peluang ok?

Hiburan Thu, 18 May 2023
Hiburan Fri, 14 Mar 2025

Umairah Kini Lebih Matang, Tak Terasa Dengan Komen Negatif

Umairah tak hirau komen netizen, seronok baca

Hiburan Mon, 24 Jun 2024
Hiburan Wed, 16 Apr 2025

Netizen Minta Abby Abadi Buat Permohonan Maaf Kepada Umisya Mazlan? Ini Respons Empunya Badan

Abby Abadi persoal tindakan netizen, minta Aslam yang minta maaf kepadanya

error: Content is protected !!