Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi November 26, 2022 @ 10:18pm

Didakwa Sengaja Jaja Kisah Peribadi, Ungku Ismail Kecewa & Bertekad Tidak Berkongsi Perkembangan Nad Zainal

Pelakon, Ungku Ismail mengakui kecewa apabila sikap prihatinnya terhadap rakan industri, Nad Zainal yang kini sedang dirawat di ICU disalah erti oleh segelintir pihak.

Ungku menerusi dua hantaran di Instagram Story miliknya berkata ada pihak mendakwa dirinya sengaja mahu menjaja cerita peribadi dek sering berkongsi mengenai perkembangan Nad.

“Kecewa. Bila saya sentiasa ikhlas menyampaikan update tentang keadaan Nad Zainal, ada pihak yang cuba rephrase cakap saya seolah saya ini batak dan gelojoh tentang perhubungan dan kerja.

“Seolahnya saya ini mengambil kesemptan dari keadaan ini, untuk promosi diri dan kerja saya sehingga ada kenyataan menyentak perasan, menukil persoalan tentang akal dan kematangan saya.

“Ada perkataan-perkataan yang saya tak ada sebut pun. Yang saya minta push, dengan heading provoke semua berdoa untuk Nad, hanya awalan sahaja.

“Pudar sudah, dijoloknya dengan hal perbiadi yang tidak tepat dan ajakan berdoa itu menjadi minor dan irrelevant,” katanya.

Berdasarkan hantaran IGs yang lain, pelakon Teman Lelaki Upahan ini turut menegaskan akan berhenti berkongsi keadaan terkini Nad.

“Ini pasti bukan masanya untuk menjaja apa-apa cerita tentang hubungan dan kerjaya.

“Saya yakin, ini yang orang nak tahu, bukannya benda merepek dan sensitif tanpa menghormati keperibadian masing-masing.

“Mulai hari ini saya tidak akan memberi apa-apa statement atau update lagi tentang keadaan Naz Zainal dan apa sahaja.

“Sila rujuk pada sumber yang lain. Terima kasih,” tulisnya heserta tanda pagar tiada benci dan mari saling menghormati.

Di kesempatan itu, Ungku menerusi hantaran terkini memohon orang ramai untuk terus mendoakan Nad.

Terdahulu, pelakon dramatis Nad Zainal dikejarkan ke hospital akibat paru-paru berdarah dan sehingga kini keadannya masih perlu diintubasi.

Artikel Berkaitan: Nafi Buah Pinggang Bermasalah Akibat Ubat Kurus, Shahrulezad Kongsi Keadaan Terkini Nad Zainal – “Dah Kurang Bergantung Mesin Oksigen”

Artikel Berkaitan: Marsha Milan Sebak Teringat Nad Zainal, Terkenang Rakan Di Pentas SFMM37

Artikel Berkaitan: Aeril Zafril Tak Boleh Melawat Nad Zainal Gara-Gara…

Artikel Berkaitan: “Saya Sayang Dia… Tipulah Kalau Saya Cakap Saya Tiada Hati” – Ungku Ismail Rindu Nad Zainal

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 6 Sep 2018

Syed Saddiq Berdebat Dengan Pemenang Piala Perdana Menteri Pagi Ini

Generasi muda mereka ini dilihat sebagai teraju utama dalam menjadikan Malaysia lebih baik.

LIFESTYLE Mon, 2 Jul 2018

Ronaldo Terus Tinggal Di Russia?

Pelukis mural, Yulia Antipova telah mengabadikan wajah pemain terbaik dunia itu di salah sebuah dinding di kejiranan bandar berkenaan.

Trending Wed, 21 Apr 2021

Kanak-Kanak 12 Tahun Dilarang Berkunjung Ke Bazar Ramadan

Haa, jangan bawa budak. Dah beli terus balik okay!

Hiburan Tue, 14 Mar 2023
Hiburan Sat, 29 Mar 2025

[VIDEO] Sebak! Nurul Shuhada Kongsi Gelagat Anak Sampai Tertidur Nak Cari Abah Baru – “I Dont Have A Father…”

Anak Hafidz Roshdi iaitu Umar mencuri perhatian mahu cari bapa baru untuk Shuhada

Hiburan Sat, 17 Mar 2018

Sherry Ibrahim Jawab Isu Pereka Pelamin FattZura

pelakon ini memuat naik kata-kata diinstagram beliau memberitahu bahawa, walaupun tiada sebarang bukti yang boleh mengesahkan insiden penggodaman akaun perancang perkahwinan terkenal itu beliau enggan memanjangkan lagi isu tersebut.

Featured Tue, 1 Nov 2022
Hiburan Thu, 6 Mar 2025

Penyanyi ‘Bea Sobar Bea’ & Empat Rakan Bebas Tuduhan Miliki D*dah, Namun Berdepan Penahanan Sebulan Lagi

Peguam tertuduh, Sufian Abdul Aziz, memaklumkan bahawa pendakwaan mempunyai tempoh sebulan untuk mengemukakan rayuan

error: Content is protected !!