Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi November 30, 2022 @ 12:31pm

“Saya Masih Tak Keruan” – Tiada Istilah Merajuk, Ungku Ismail Tetap Kongsi Perkembangan Nad Zainal, Pohon Doa Agar Oksigen Maintain

Sebelum ini pelakon Ungku Ismail menegaskan akan berhenti berkongsi keadaan terkini Nad Zainal apabila berasa kecewa kerana sikap prihatinnya disalah erti oleh segelintir pihak.

Terbaharu, Ungku Ismail tampil berkongsi perkembangan terkini rakannya itu di laman Instagram menerusi sebuah rakaman video yang dimuat naiknya.

Menerusi rakaman berdurasi lebih 10 minit itu, pelakon drama Teman Lelaki Upahan itu menjelaskan dakwaan dirinya merajuk gara-gara tidak mahu berkongsi lagi perkembangan Nad Zainal.

“Tidak ada istilah merajuk, sentap. Saya cuba gunakan akal saya untuk kawal situasi macam ini.

“Apabila situasinya sudah terpesong dan salah, saya minta orang berdoa tapi orang lebih nak ceritakan tentang perhubungan, kerjaya sepatutnya tidak berlaku pada saya.

“Dan apabila nama ibu bapanya juga terpalit yang mepertikaikan, mempersoalkan, saya tak suka, cubalah hormat mereka yang anak tunggal mereka sedang terlantar di wad ICU.

“Saya tahu awak memang mulut lancang tapi sekurangnya relaks sekejap, bagilah ruang untuk ibu bapanya fokus, mencari ketenangan, cara selesaikan masalah, tolong jangan peningkan kepala.

Ungku juga tampil menjelaskan kepada semua yang Nad Zainal bukan koma secara tiba-tiba tetapi diberikan ubat oleh doktor untuk direhatkan.

“Nad bukannya tak sedar secara tiba-tiba. Bukan koma tiba-tiba. Kita pun tak tahu macam mana nak sedarkan dia. Kita kena tunggu. Bukan macam itu.

“Jadi doktor bagi dua ubat iaitu ubat tak boleh gerak dan ubat tidur. Dalam keadaan sudah diberi kedua ubat itu maka doktor boleh lancarkan operasi untuk bagi pulih badannya terutama sekali paru-paru.

“Jadi ubat-ubat itu mudah bagi doktor untuk merawat dan buat sebarang prosedur di badan, sementara itu dia intubated supaya oksigen diberikan dengan cukup.

“Jika doktor berhenti beri dua ubat ini, maka Nad Zainal pun akan bangun. Sebab tiada apa-apa yang menunjukkan dia perlu tidur jadi dia akan bangun.

“Saya takut ada yang salah faham, bukan Nad tertidur sendiri dan tak bangun-bangun. Bukan macam itu. Doktor memang dah rehatkan dia,” jelas Ungku.

Ungku Ismail memberitahu tentang perkembangan terkini Nad Zainal dengan terdapat perkembangan positif yang ditunjukkan namun masih mengharapkan paru-parunya kembali sembuh.

“Setiap hari, ada perkembangan kecil positif, ada keadaan agak stormy kerana bacaan oksigen kadang-kadang naik turun, tekanan darah juga naik turun tapi Alhmdulillah setiap hari ada progres.

“Dalam 3 hari lepas doktor dah kurangkan 2 ubat tersebut, jadi dia boleh sedar sikit, buka mata, gerakkan tangan, angguk, awal-awal dia panik tetapi kemudian dia tenang sebab dia tahu dia dalam hospital. Itu keadaanya.

“Nad juga masih dalam wad ICU. Apabila masih lagi dalam ICU maka dia masih kritikal, jadi kita tak boleh gembira, kami masih mengharapkan paru-parunya betul sembuh dan doktor boleh excubate seperti cabut tempat mesin pernafasan sebab sekarang masih lagi pakai dalam tetapan yang rendah.

“Kita mengaharapkan bila dah excubate tapi bila nak cabut itu pastikan dah ready, bahaya kalau cabut tapi paru-parunya belum kuat. Jadi doktor sedang membuat analisis setiap hari untuk periksa paru-paru sudah kuat ataupun tidak. Selagi belum kuat, mereka tak boleh cabut, saya secara peribadi masih tak keruan, apatah lagi ibu bapanya,” jelas Ungku.

Dalam masa sama, Ungku juga memohon semua agar mendoakan Nad agar diberikan kesembuhan sepenuhnya dan berharap agar tahap oksigen kekal stabil.

“Dalam keadaan begitu, saya pohon doa kepada semua untuk kita berdoa pada Allah agar permudahkan urusan excubation itu apabila paru-parunya sudah bersedia dan kau kurniakanah kesembuhan syifa’ kepada paru-parunya, bersih sucikanlah paru-parunya daripada segala kekotoran, darah dan apa-apa sahaja agar dapat berfungsi balik dengan terbaik tanpa mengunakan mesin lagi. Dan kita pohon agar oksigen kekal maintain.

“Kita doakan agar tak rasa sakit, sudah tentu rasa sakit. Kita tak berada di tempat dia. Kita doakan juga buat pesakit lain moga Allah kurniakan kesembuhan dan syifa’ kepada mereka.

“Saya kongsikan kepada semua sebab saya rasa berbelas ribu orang yang mesej DM saya minta buat balik video ini, bagitahu perkembangan dan saya rasa inilah orang-orang baik yang hatinya suci.

“InsyaAllah apa yang saya buat ini tidaklah bermasud apa-apa kecuali saya cuba kongsikan saja. Orang yang sayang dan rindukan dia boleh dapat jawapan dan mendoakan dia. Apabila kita beritahu terperinci, tiadalah benda mengarut yang keluar sebab itu saya beritahu secara detail.

“Apa yang saya ceritakan ini agak terperinci ya, saya cuba elak ceritakan lebih mendalam. Jadi tolonglah saya,” harapnya.

Terdahulu, Nad Zainal dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman di paru-paru minggu lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 27 Jul 2022

Nora Danish Tak Senang Duduk Tonton Filem Mat Kilau – “Cuma Tak Puas Hati…”

Uishhh, sampai tak senang duduk Nora tonton Mat Kilau ya? Aik tapi apa pula yang tak puas hati tu?

Hiburan Thu, 4 Oct 2018
Hiburan Thu, 28 Dec 2017

Erma Fatima Enggan Membazir Lagi

Erma Fatima enggan membazir apa untuk azam tahun baru 2018 kali ini

Hiburan Mon, 5 May 2025
Featured Wed, 9 Jul 2025

Status Bapa Dipersoal, Shuk Sahar Tampil Bersuara! – “Macam Mana Nak Azankan? Tarikh Lahir Pun Tak Ada Siapa Bagitahu”

Shuhk benagng selepas nama ibu bapanya dipetik beserta tuduhan culas jalankan tanggungjawab.

Trending Sun, 19 Jun 2022

“Saya Tak Nak Masuk TV Buat Masa Ni” – Adibah Noor Tolak Tawaran Rakaman Lagu Pada Tarikh Pengebumian

Adibah Noor tolak tawaran untuk keluar televisyen seolah-olah tahu dirinya akan pergi buat selamanya.

Trending Fri, 13 Dec 2019

Peguam Dengan Doktor Bergaduh ,12 Maut

12 individu termasuk pesakit kritikal dilaporkan terkorban dalam serangan

error: Content is protected !!