Euforia Bola 2026
Featured By: Halimey Zamal December 1, 2022 @ 7:57pm

Anak Rela Dipenjara Kerana Mahu Merasai Kasih Sayang Ibu, Rindu Kasih Isi Slot Samarinda TV3

Tiada harta yang setinggi nilai curahan kasih sayang ibu kepada anak. Namun begitu, Khalid perlu menyara dan membesarkan anaknya, Salina, yang masih kecil seorang diri tanpa kasih sayang daripada seorang ibu.

Mengisi slot Samarinda TV3, drama terbaharu Rindu Kasih yang sudah pun mula bersiaran pada 16 November setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam dan strim secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my

Drama 15 episod terbitan syarikat produksi P&D Pictures Sdn. Bhd ini diarahkan oleh Pali Yahya dengan penulisan skrip bersama daripada K. Adlie dan Shaza Talib.

Karya ini menggandingkan barisan pelakon terkenal seperti Ummi Nazeera, Izzue Islam, Amyza Aznan, Ezzaty Abdullah, Nafiz Muaz dan ramai lagi.

Selepas ditinggalkan Shida (Amyza Aznan), kehidupan Khalid (Arash Mohd) menjadi tidak keruan kerana terpaksa bekerja demi menyara dan membesarkan Salina (Ummi Nazeera) yang berusia hanya beberapa bulan.

Khalid membesarkan Salina seorang diri dan terpaksa merahsiakan kisah tentang ibunya yang telah dipenjara kerana terlibat dengan pengedaran dadah bersama kekasih gelapnya dahulu.

Dari kecil, Salina berkawan rapat dengan Amir (Izzue Islam) iaitu anak kepada Zamani (Nik Ramly) yang juga merupakan kawan baik kepada ayah Salina. Walaupun Amir berkelulusan tinggi, dia memilih untuk menetap di kampung untuk menjaga ibunya, Halijah (Fazlina Ahmad Daud) dan mengabulkan permintaan terakhir ayahnya iaitu mengahwini Salina.

Perkahwinan Amir dan Salina tidak direstui oleh Halijah. Salina sering dilayan teruk oleh Halijah yang selalu menuduhnya kurang ajar kerana tak dapat didikan dari seorang ibu.

Setelah Salina mengetahui tentang kisah ibunya, dia nekad untuk melakukan jenayah kerana mahu dipenjara dan membuktikan kepada Halijah yang dia masih sempat untuk merasa kasih sayang seorang ibu walaupun sebagai banduan. Apakah suratan yang akan tertulis buat Salina?

Jangan lupa temujanji anda untuk menonton Rindu Kasih menerusi slot Samarinda, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam atau strim secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#TriviaXTRA Mon, 19 Jun 2023
Hiburan Tue, 12 Feb 2019
Trending Mon, 2 Mar 2020

COVID-19: Jururawat Pelatih Jadi Mangsa Terbaharu Di Malaysia!

Mangsa Covid-19 yang ke 29 di Malaysia!

Acara Mon, 1 Jun 2026

4 Dekad Cipta Fenomen, TV3 Terus Dominasi Industri Drama Tempatan

Stesen televisyen nombor satu negara, TV3, meraikan ulang tahun ke-42 dengan tema “Hanya Yang Fenomena Di Sini”.

Hiburan Sat, 5 Oct 2024
Trending Mon, 18 Nov 2019
Trending Thu, 5 Mar 2020

[TERKINI] Sebenarnya Betul Ke Hand Sanitizer Boleh Bunuh Virus COVID-19?

Disebabkan wabak Covid-19, orang pertikaikan sama ada betulkah hand sanitizer pilihan terbaik untuk mencegah dan membunuh virus tersebut?

error: Content is protected !!