Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 9, 2024 @ 8:11pm

Licin! Peminat Mahu Saksikan Malam Berprestij Secara Langsung, Tiket ABPBH 36 Habis ‘Disambar’

Tiket menyaksikan siaran langsung Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36 di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Wisma MBSA, Shah Alam, pada Jumaat, 11 Oktober 2024, habis ‘disapu’ peminat.

Dua kategori tiket iaitu Terpaling Fan yang dijual pada harga RM175 yang turut menawarkan peminat merasai detik glamor di karpet merah ABPBH 36 dan pilihan tempat duduk terbaik, serta tiket normal berharga RM65, masing-masing habis terjual.

Jualan tiket ABPBH 36 yang mendapat sambutan hangat membuktikan peminat teruja untuk menyaksikan detik gemilang bintang pujaan bersaing dalam 16 kategori utama dan lima kategori Ekstra Tonton Paling Popular di pentas berprestij itu.

Kemuncaknya, peminat bakal menyaksikan calon yang memperoleh undian tertinggi dalam kategori tunggal di bawah 16 kategori utama atau juara kategori, diangkat sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 36 yang diinspirasikan oleh penaja utama, CONBOO.

Sebelum ini, penganjur ABPBH 36 mengumumkan malam kemuncak ABPBH 36 akan dikendalikan tiga pengacara, iaitu artis versatil, Didie Alias yang pernah menjadi hos acara berprestij itu pada 2011, pelakon Riena Diana dan penyampai radio Fly FM, Haniff Hamzah.

Malam kemuncak ABPBH 36 bakal menyaksikan gandingan bintang legenda dan angkatan baharu dalam segmen persembahan dan penyerahan trofi berprestij ABPBH 36.

Antara barisan artis dan selebriti penyampai trofi adalah Datuk Seri Eizlan Yusof; Datuk Adi Putra; Azhar Sulaiman; Raja Azura; Rita Rudaini; Hannah Delisha; Puteri Sarah Liyana; Anna Jobling; Adira; Mawar Rashid dan Bella Astillah. Tidak ketinggalan pasangan pelawak, Atu dan Shariff Zero; Muaz Zabir; Aniq Durar dan Fitri Farouk.

Barisan artis yang bakal membuat persembahan turut membabitkan bintang layak bergelar lagenda, selain bakat baharu yang pantas mendaki tangga populariti.

Pentas ABPBH 36 bakal dihangatkan Zamani; kumpulan Spider; Hazama; Haqiem Rusli; Ernie Zakri; Marsha Milan; Shiha Zikir dan Usop.

Tidak ketinggalan artis hip hop seperti Ghidd, Tuju, Meerfly dan Benzooloo serta kumpulan De Fam.

Tidak dinafikan lagi, pengisian merentas generasi dan kepelbagaian genre persembahan pada malam kemuncak menjadi tarikan peminat untuk menyaksikan detik bersejarah ABPBH 36 di lokasi siaran langsung.

Pengarah ABPBH 36 merangkap Pengarang Kanan Berita Hiburan dan Projek BH, Shamshul Azree Samshir berkata, penganjur amat berterima kasih kepada semua peminat yang memberi sokongan berterusan terhadap ABPBH 36.

“Sokongan diterima memenuhi definisi ‘TEGUH’ yang menjadi tema ABPBH 36. Keterujaan ditunjukkan peminat sehingga tiket ABPBH 36 ‘langsai’, membuktikan industri seni masih segar dan diminati ramai.

“ABPBH bukan sahaja meraikan pencapaian artis, malah, menghubungkan mereka dengan peminat melalui pelbagai persembahan menakjubkan di pentas berprestij.

“ABPBH 36 bakal meninggalkan pengalaman terindah yang tidak akan dapat dilupakan peminat,” katanya.

Shamshul Azree berkata, bagi peminat yang tidak berjaya mendapatkan tiket, malam kemuncak ABPBH 36 akan disiarkan secara langsung di TV3 dan distrim TONTON, pada 11 Oktober 2024, mulai jam 9 malam.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang pihak yang menyokong dan menjayakan ABPBH 36. Nantikan malam yang penuh dengan kejutan, hiburan dan penghargaan kepada bintang seni yang mengharumkan nama negara,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 8 Jan 2020

‘Demam’ Kampung People Bakal Berakhir?

Oh Tidakkkkk! Mungkin akan ada Kampung People versi 2.0??

Trending Mon, 29 Jun 2020
Hiburan Sun, 21 Jan 2018

《小孩不笨》童星洪赐健要结婚啦!

新加坡演员洪赐健2002年以梁智强执导的电影《小孩不笨》系列和《跑吧!孩子》爆红;16年后的他,在IG宣布即将成为人夫,晒与女友的婚纱照,感性告白:“距离婚礼只有42天,但我已迫不及待地想和你度过一生。”

Hiburan Tue, 2 Jan 2018

ALICIA AMIN BUNUH DIRI?

Alicia Amin membuat pengakuan tersebut selepas melihat semakin ramai artis mahupun individu mengambil keputusan untuk membunuh diri disebabkan tekanan jiwa yang melampau

Featured Thu, 31 Mar 2022
Trending Fri, 19 Jan 2018

大妈打保龄球「神技术」砸坏天花板电视

打保龄球洗沟算什么?近日网络流传一段巴西大妈打保龄球的影片,神一般技术的她不但没有碰到任何一支球瓶,更是砸坏了球馆悬挂在天花板的电视,全程恰好都被友人记录下来!

Hiburan Sat, 19 Jan 2019
error: Content is protected !!