Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 2, 2022 @ 1:47pm

Muat Naik Foto Mesra Di TikTok, Fadlan Hazim Sanggup Balik Kazakhstan Jumpa Keluarga Kekasih

Pelakon Fadlan Hazim menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan warganet apabila beberapa foto dan video mesra menunjukkan dirinya dan seorang wanita  didakwa teman wanitanya tular dimedia sosial baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok milik wanita yang dikenali sebagai @Aiya, dia kelihatannya kerap berkongsi video mesra mereka berdua sehingga ada dalam kalangan warganet yang mempersoalkan status pelakon itu.

Fadlan sebelum ini memaklumkan kepada media bahawa dia kini masih single dan tidak mempunyai kekasih hati.

@aiya.kz😂 sorry sayang♬ Mink Mink Mink

 

Apa yang mengejutkan ramai pihak, Fadlan bukan sahaja dilihat beraksi mesra bersama teman wanitanya, malah dia juga didakwa pulang ke kampung halaman Aiya di Kazakhstan untuk bertemu dengan ahli keluarganya.

“Dia datang ke Kazakhstan untuk meminta restu daripada keluarga saya,” tulisnya pada kapsyen video tersebut.

 

Malah,  ada beberapa video pasangan ini yang menunjukkan kedua-duanya sedang dalam fasa perhubungan yang serius termasuklah terdapat sebuah video yang diambil dihadapan cermin dengan kapsyen tertulis, “I kill everyone who touches you”.

@aiya.kzThank you for making me smile 🤍♬ Originalton – Saletherapy🎶

 

Menjengah diruangan TikTok berkenaan, pasangan ini turut kerap menghabiskan masa bersama-sama sejak April lalu.

Bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis Fadlan masih tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai perhubungannya itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 11 May 2025

Dari Buku Bestseller Ke Layar Perak, Pak Nasrullah Teruja Dr Muhaya Setuju Muncul Dalam Filem Keajaiban Air Mata Wanita

Pak Nasrullah banyak terinspirasi dengan kata-kata positif pakar motivasi tersohor, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad.

Hiburan Thu, 21 Mar 2019

’Saya Bukan Imam Yang Baik’- Rashidi Ishak Umum Bercerai

‘Saya bukanlah seorang imam yang baik,” kata pelakon Rashidi Ishak memaklumkan memaklumkan dia dan isteri, pelakon Vanidah Imran sudah bercerai sejak 9 Ogos 2018. Pengakuan beliau akhirnya menjawab teka teki yang menjadi persoalan orang ramai […]

Featured Mon, 5 Aug 2024

Hasrat Arwah Jay Jay Beli Kereta Baru Tak Kesampaian, Sempat Serah Tanggungjawab Jaga Isteri Pada Anak

Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. Al-Fatihah🥀

Trending Sat, 5 Feb 2022

Apa Yang Terjadi Kepada 5 Members ‘Master In The House Malaysia’ Bila Datuk Yusof Haslam Beri Tugasan Mencabar?

Episod minggu lalu, penonton telah menyaksikan perkongsian Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai Master dan gelagat lucu lima members iaitu Hael Husaini, Andi Bernadee, Scha Elinnea, Sharifah Rose dan Meyrasam melaksanakan tugasan yang diberi. Episod keempat […]

Featured Tue, 27 Dec 2022

[VIDEO] “Adakah Saya Sudah Bersedia?” – Kekasih Zarina Anjoulie Beri Hadiah Pakaian Muslimah & Tudung

Wahhh, syoknya dapat hadiah! 🤩 Semoga Anju terbuka hati untuk berhijab 🫶🏻 Jodoh yang tepat ni 🥹

Trending Thu, 7 Mar 2019

Takziah! Kisah Nur Aisyah Aleya Berakhir Dengan Kematian

Kanak-kanak perempuan berumur 3 tahun yang dilaporkan hilang sejak minggu lalu kini menemui pengakhiran apabila mayatnya ditemui dalam keadaan yang cukup menyayat hati.

error: Content is protected !!