Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 5, 2024 @ 1:51pm

Hasrat Arwah Jay Jay Beli Kereta Baru Tak Kesampaian, Sempat Serah Tanggungjawab Jaga Isteri Pada Anak

Pemergian penyanyi lagenda, Jay Jay pada Ahad akibat komplikasi kegagalan organ dalaman ternyata mengejutkan ramai pihak termasuklah rakan-rakan artis.

Menurut anak bongsunya yang dikenali sebagai Nur Kamelia Mohd Fauzi, arwah bapanya itu berhasrat untuk membeli kereta baharu sebaik sahaja keluar dari hospital namun tidak kesampaian kerana tidak menyangka bapanya akan pergi dengan begitu cepat.

Katanya memetik laporan mStar, ketika dimaklumkan mengenai hasratnya untuk membeli kereta baru, sebagai anak dia hanya melayani karenah bapanya.

“Dia pernah luah ingin beli kereta Volvo bila keluar hospital. Kita sebagai anak layankan sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Kamelia juga berkongsi bahawa arwah sempat menitipkan pesanan agar menjaga ibunya.

“Tiada pesanan terperinci, tapi dia sempat serahkan tanggungjawab menjaga ibu kepada saya,” jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai keadaan pelantun lagu Rindu Bayangan itu, Kamelia berkata, bapanya kurang bercakap selepas dua kali terkena serangan strok.

“Keadaan ayah semakin teruk selepas pembedahan jantung (bypass) kerana berlaku kegagalam pada beberapa bahagian organ dalaman.

“Ayah sepatutnya dibenarkan pulang minggu lepas tapi ada jangkitan kuman dalam air kencing. Selepas itu organ lain pula mengalami kerosakan.

“Ayah juga mengalami dua kali serangan strok. Disebabkan itu ayah jadi kurang bercakap, tetapi saya puji kecekalan semangatnya untuk berjuang melawan sakitnya,” kongsinya.

Difahamkan, Allahyarham Jay Jay telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Tandang, Subang Jaya, Selangor disini, hari ini, sekitar jam 11.15 pagi.

Sekadar info, pada 23 Mei lalu, Jay Jay menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN).

Selepas menjalani pembedahan, penyanyi berkenaan diserang angin ahmar dan meneruskan rawatan fisioterapi di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor.

Untuk info, sejak tahun 1970-an, Jay Jay telah mula bergiat aktif menjadi vokalis dan pemain bass untuk kumpulan Carefree dan popular dengan deretan hits, termasuklah Rindu Bayangan, Belaian Jiwa, Dendengan Laguku dan banyak lagi.

Selepas bergerak solo, Jay Jay memulakan karier solo dan menerbitkan tujuh buah album dan popular menerusi lagu Joget Angan Tak Sudah, Cukuplah Sekali dan banyak lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Jay Jay Meninggal Dunia

 

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 1 Feb 2023
Hiburan Wed, 11 Mar 2020

“Tak Sabar Nak Tengok!”- Netizen Teruja Shukri Yahaya Kongsi Babak Drama 7 Hari Mencintaiku 2

JIKA korang masih ingat sekitar 4 tahun yang lepas, drama rantaian 7 Hari Mencintaiku pernah disiarkan di slot Akasia TV3. Pada masa itu drama adaptasi daripada novel karya Siti Rosmizah ini telah menjadi fenomena. Pergi […]

Featured Fri, 3 Feb 2023
Trending Fri, 26 Jul 2024

Lebih jimat, lebih tahan lasak- HONOR 200 Lite Menjadi Pilihan Pengguna!

Pakej 5G Rahmah HONOR 90 Lite yang dilancarkan tahun lepas diterima baik oleh rakyat Malaysia tau. Ini kerana telefon ini bukan sahaja mampu milik tapi prestasi telefon tersebut  juga memberangsangkan. Siri HONOR N ni memang […]

error: Content is protected !!