Euforia Bola 2026
Featured By: Halimey Zamal December 2, 2022 @ 11:13am

Tarbiah Netizen Tak Qada Solat: “Kena Ke Neraka Dulu Baru Syurga” – Ustaz Wadi Anuar

Pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Anuar memberi pesanan kepada warganet yang pernah meninggalkan solat.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman TikTok oleh @zikirselalu, memaparkan Ustaz Wadi sedang menyampaikan ceramah berkenaan Qada solat yang sering dilupakan oleh umat islam.

“Orang yang tinggal solat, islam.

“Mati dalam keadaan tak qada, dalam perjalanan qadha tak pernah bertaubat takkan pernah masuk syurga. Dia kena ke neraka dulu baru syurga. jelasnya.

Bukan itu sahaja, Ustaz Wadi menyelar pemikiran manusia yang mengambil mudah berkenaan isu ini kerana mengganggap neraka itu adalah satu perkara yang boleh dibuat main-main.

“Ingat neraka ni main paint ball ka?

“Neraka ni api, dalam bahasa arab dipanggil naar. Tuan-tuan masuk bilik macam ni tiada lubang dan penuh dengan api.

“Tuan-tuan nak menyorok di mana? tidak ada satu minit pun yang diberikan oleh Allah untuk rehat. Tuan-tuan bayang hat tu ja.” ucapnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mula rasa insaf kerana telah meninggalkan tanggungjawab mereka sebagai umat islam dan ada juga yang meningati diri sendiri untuk sentiasa menunaikan ibadah solat.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 1.1 juta tontonan dan lebih 190,000 tanda suka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 6 Dec 2019
Eat Travel Thu, 11 Jun 2020
Hiburan Wed, 26 Apr 2023
Hiburan Tue, 7 Aug 2018

Tahniah! Fizi Ali Bakal Jadi Papa

Doakan yang baik-baik. Masih awal untuk bercerita tentang hal ini, doakan ya…

Featured Thu, 19 Jan 2023
TECH Wed, 19 Dec 2018
Featured Mon, 6 Apr 2026

“Moga Kali Ni Awak Dapat Jejakkan Kaki Di Bumi Gaza, Saya & Anak-Anak Tunggu Awak Balik”- Nadzmi Adhwa

Nadzmi menitipkan doa buat isterinya itu sekali gus berharap misi kemanusiaan kali ini berjaya.

error: Content is protected !!