Euforia Bola 2026
familuv By: Dharnieya Nur Amelsa December 3, 2022 @ 3:58pm

Hasil Kerja Keras Bersama, Amyra Rosli & Amar Baharin Beli Kereta Baharu

Baru-baru ini, pelakon Jelita Amyra Rosli memuat naik sebuah perkongsian di laman Instagramnya sehingga berjaya meraih perhatian ramai.

Menerusi hantaran tersebut, Amyra menunjukkan kereta yang dibeli olehnya dan suaminya yang juga merupakan seorang pelakon iaitu Amar Baharin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Madam Amyra (@aamyrarosli)

“Dengan izin Allah… for Him and for Her… Alhamdulillah,” tulisnya di ruangan kapsyen

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut dan juga rakan artis mengucapkan tahniah kepada Amyra dan Amar yang berjaya membeli kereta hasil kerja keras mereka berdua.

“Alhamdulillah.. congrats guys!

“MashaAllah Tabarakallah Congratulations Myra!

“Alhamdulillah tumpang gembira dan bahagia tengok. Semoga dimurahkan rezeki dan bahagia till Jannah InshaAllah.

“Suka tengok pasangan ni. Kereta biasa-biasa pun dah bersyukur. Tak payah Bmw ke Merc ke sederhana je Alhamdulillah,” tulis salah seorang netizen.

Bukan itu sahaja, menerusi Instagram Story, Amyra ada mengungkapkan sedikit kata-kata buat suaminya.

“Sayang @amarbaharin thank you sangat sangat sangat tau.

“Mungkin orang nampak kita senang untuk dapat itu ini, tapi hakikatnya kita sahaja tahu macam mana usaha keras kita untuk miliki semua pinjaman Allah ini.

“Mommy sentiasa doakan sayang murah rezeki dan sentiasa dalam jagaan Allah.

Malah, Amyra turut memberi kata-kata semangat kepada pengikutnya yang membaca Instagram storynya.

“Kepada anda yang baca caption ini, jangan berhenti usaha, berbakti kepada ibu bapa, jangan sombong, jangan tinggal sedekah dan sentiasa taat perintahNya.

“InshaAllah dia permudahkan hidup kita dan lapangkan rezeki kita.

“Miskin, kaya, bahagia, sakit, berjaya itu semua ujian. Sentiasa bersyukur dengan apa yang telah diatur oleh yang maha Esa okay.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 18 Aug 2025
Hiburan Sat, 16 Jul 2022
Automobile Thu, 6 Dec 2018

Rent a SOCAR and Get Fried Chicken Too!

It’s a great combo for sure.

Hiburan Wed, 26 Nov 2025
Selebriti Thu, 1 Feb 2024

Nafi Sorok Kekasih, Sufian Suhaimi Bakal Kahwin Tahun Ini – “Rasa Nak Buat Small Wedding Je, Nak Intimate”

Semoga dipermudah urusan Sufian dan kekasihnya untuk ke jenjang pelamin 😍

Featured Wed, 21 Jun 2023
Hiburan Tue, 13 Mar 2018

Putus sekali lagi, hubungan Justin-Selena sudah berakhir!

Mandy Teefey juga tidak mahu Selena dikecewakan oleh oleh Justin lagi selepas apa yang terjadi sebelum ini.

Trending Wed, 11 Aug 2021

24 Jam Buletin TV3 Di Laman Web Berita Harian

Media Prima Berhad menjadi platform penting untuk rakyat Malaysia mendapatkan informasi terkini sementara kekal selamat duduk di rumah sepanjang wabak COVID-19 ini. Buletin TV3 komited dalam menyalurkan berita dan juga video terkini dari dalam dan […]

error: Content is protected !!