Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari December 5, 2022 @ 7:44pm

“Sakitnya Allah Saja Tahu” – Seluruh Badan Kejang Ketika Berwuduk, Nash Mohon Doa Orang Ramai

Penyanyi otai Datuk Nash memohon orang ramai untuk mendoakan kesembuhannya yang mengalami kekejangan badan, baru-baru ini.

Menerusi hantarannya di Facebook, Nash memaklumkan bahawa kekejangan tersebut berlaku ketika sedang mengambil wuduk untuk menunaikan solat maghrib sebelum memenuhi undangan perkahwinan rakannya.

Katanya lagi, akibat kekejangan tersebut dia tidak dapat bergerak seperti biasa.

“Tiba kat rumah dah nak masuk waktu maghrib, saya pun ambil wuduk sambil berdiri dan bila membongkok nak basuh lengan, pinggang saya terus tersentap dan terus tak boleh berdiri tegak.

“Sakitnya Allah sahaja yang tahu. Seluruh badan saya cramp, kaki tak boleh gerak,” kongsinya.

Sehubungan itu, seusai tunaikan solat Nash meminta anak dan menantunya untuk membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan kerana sudah tidak tahan menanggung sakit.

“Panggil anak saya untuk bantu saya berjalan. Solat maghrib terpaksa pakai kerusi. Selesai solat mintak anak saya dan menantu hantar ke hospital Avisena Shah Alam,” katanya.

Namun begitu, Nash menyatakan bahawa walaupun telah mendapat suntikan daripada doktor dia masih merasa kesakitan tersebut malah berjalan seperti orang berusia 90 tahun.

“Doktor terus bagi injection supaya saya rasa lega. Sekarang ni masih sakit, jalan macam orang umur 90 tahun.

“Doakan saya cepat sembuh ya,” tulisnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 22 Aug 2025
Hiburan Mon, 5 Jan 2026
Hiburan Wed, 29 Jan 2020
Trending Mon, 8 Apr 2024
Featured Sat, 9 Aug 2025

“Saya Sayang Mak Saya” – Shila Amzah Nafi Hubungan Kembali Dingin Dengan Ibu

Perkongsian podcast itu hanya sebagai pengajaran sahaja.

Hiburan Fri, 18 Jul 2025

Mr General Buat ‘Comeback’, Duet Bersama Yonnyboii Dalam ‘Tanya Tuhan’, Netizen Komen: “Kolaborasi Tak Masuk Akal!”

Malique berkongsi projek terbaharunya bersama penyanyi rap, Yonnyboii menerusi lagu ‘Tanya Tuhan’.

Trending Fri, 17 Nov 2017

Rumah Sewa Hancur, Penyewa Hanya Mesej Untuk Keluar Rumah

Bila Penyewa Kata Nak Keluar Rumah, Cuma Mesej Bagitahu Tinggal Kunci Kat Dalam, Lepas Tu Terus ‘Block’ Nombor Kita

FESYEN Mon, 15 Apr 2019

Pencarian Wanita Melayu 2019, 10 Finalis Bakal Berentap Untuk Merebut Takhta

Pentas utama Plaza Shah Alam Sabtu lalu menyaksikan persaingan sengit 30 peserta separuh akhir Pencarian Wanita Melayu 2019 yang bertanding untuk melayakkan diri ke peringkat akhir PWM 2019.

error: Content is protected !!