Euforia Bola 2026
Featured By: Dharnieya Nur Amelsa December 6, 2022 @ 3:20pm

Adrian Edy Lawat Bapa Kepada Mangsa Dibaham Buaya – “Dia Reda, Nanti Dia Akan Jumpa Anak Dia Di Syurga…”

Minggu lalu, tular sebuah perkongsian di media sosial mengenai seorang bapa gagal untuk menyelamatkan anaknya yang dibaham oleh buaya ketika sedang berkayak di Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin, Lahad Datu, Sabah.

Hantaran tersebut telah mengundang rasa sebak daripada rata-rata warganet memandangkan bapa itu sedaya upaya cuba untuk menyelamatkan anaknya.

Terbaharu, tular sebuah perkongsian di TikTok mengenai pempengaruh Adrian Edy yang berjumpa dan melawat bapa kepada mangsa untuk memberi kata-kata semangat dan sedikit sumbangan wang.

@adrianedy7 Ziarah pakcik Morehan, ayah kepada mangsa yang dibaham buaya di Lahad Datu beberapa hari lalu, sedih sangat, beri kata kata semangat dan duit belanja buat pakcik, pakcik kata dia redha dengan apa yang terjadi, Tuhan lebih sayangkan anak dia , nanti dia akan jumpa anak dia di syurga katanya 😭 #fyp #adrianedy ♬ Belum Siap Kehilangan – Stevan Pasaribu

Menerusi video tersebut, bapa kepada mangsa itu berkata, dia sudah reda dengan permergiaan anaknya itu.

Malah, dia juga turut berkata bahawa dia akan bertemu dengan anaknya itu di syurga.

“Ziarah pakcik Morehan, ayah kepada mangsa yang dibaham buaya di Lahad Datu beberapa hari lalu.

“Sedih sangat, beri kata-kata semangat dan duit belanja buat pak cik.

“Pak cik kata dia reda dengan apa yang terjadi, Tuhan lebih sayangkan anak dia.

“Nanti dia akan jumpa anak dia di syurga katanya,” tulis Adrian di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa sebak ketika melihat wajah bapa itu memandangkan kasih sayang kepada anaknya terlalu besar.

“Aku nangis weh tengok muka pak cik itu. Muka dia senyum tapi kehilangan anak yang jauh dari dia bukan benda yang senang untuk terima dan lupa selamanya.

“Tak boleh bayangkan perasaan kalau kita di tempat pakcik ini. Semoga tabah pakcik. Anakmu kini di syurga.

“Sedih dia sampai sini. Semoga pakcik tetap kuat. Bagi saya pakcik merupakan seorang bapa yang hebat,” komen netizen.

Bukan itu sahaja, ramai juga yang berterima kasih kepada Adrian memandangkan dia sudah melawat dan memberi kata semangat serta wang ringgit kepada bapa mangsa tersebut.

“Terima kasih Adrian Edy kerana pergi melawat pakcik ini. Semoga pakcik ini diberi kekuatan.

“Thank you orang baik.

“Thank you Edy, God bless you always.

“Finally, thank you Adrian. May God blessed you and ease your journey,” komen netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 7 Aug 2018

Kaka Azraff Selesa Single

Tanpa mempedulikan kata-kata orang, pelakon dan penyanyi, Kaka Azraff akui selesa hidup solo.

Featured Sat, 10 Aug 2024

“Ia Satu Fasa Yang Tak Selesa” – Aedy Ashraf Terkesan Pernah Dibuli, Belajar ‘Martial Arts’ Untuk Pertahan Diri

Terbaiklah Aedy! Now, memang kena belajar martial arts… dunia sekarang menyeramkan.

Trending Mon, 6 Apr 2020

Semakin Berisi, Kak Lina Pom Pom Kini Hamil?

Sebab tu ke Kak Lina makin berisi?

Featured Tue, 27 Sep 2022

Perkongsian Mizz Nina Buka Hati Avaa Vanja Untuk Berhijab

Alhamdulillah. Semoga terus istiqamah 🤲🏼

Trending Tue, 10 Mar 2020

Disambar api lilin kek hari jadi, mimpi ngeri buat remaja ini!

Hadiah hari jadi yang tidak dapat dilupakan

Hiburan Mon, 11 Aug 2025
Featured Tue, 8 Oct 2019

Pertolongan cemas bayi? Anda mesti ambil tahu!

Hadapi situasi cemas bersama bayi anda dengan yakin

Featured Sat, 15 May 2021

Ralit, Lagu Tema Filem J Retribusi 2 Mula Dilancarkan Hari Ini

Bersempena dengan dengan pelancaran eksklusif filem J2: J Retribusi di Disney+ Hotstar mulai 1 Jun 2021, Monkey Bone dengan kerjasama Primeworks Studios, Infinitus Productions, TGV Pictures dan Sunstrong Entertainment, melancarkan lagu tema filem ini, RALIT […]

error: Content is protected !!