Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir September 27, 2022 @ 6:14pm

Perkongsian Mizz Nina Buka Hati Avaa Vanja Untuk Berhijab

Pelakon Avaa Vanja mengakui Mizz Nina merupakan salah satu pendorong penghijrahannya dan mendalami ilmu Islam dengan lebih baik.

Memetik laporan mStar, Avaa kini tampil berhijab kerana sering membaca perkongsian sahabat lama di Instagram yang tidak bersua selama sepuluh tahun.

Menurutnya, perkongsian tersebut juga mengerakkan hatinya untuk menyertai salah satu program keagamaan dimana Nina sebagai salah seorang panel.

“Nina adalah sahabat lama saya, tetapi kami sudah lama tidak berhubung… rasanya sudah lebih 10 tahun kami tidak berjumpa. Perkongsiannya tentang agama selama ini membuatkan saya sentiasa rasa dekat dengannya.

“Saya dapat tahu Nina terlibat dalam salah satu program dan terus beli tiket untuk menyertainya. Saya berdoa untuk bertemu dengan Nina jika ini adalah satu permulaan baru dalam hidup saya.

“Perkongsian Nina selama ini adalah salah satu sebab untuk saya berubah. Pertemuan kami semalam (Ahad) sangat bermakna walaupun hanya sempat berbual cuma seketika,” katanya.

Serangan kebimbangan melampau (anxiety) yang dihadapi Avaa turut membuka hatinya untuk mencari makna sebenar kehidupan.

Sebelum ini, dia mengakui terlalu sibuk mengejar hal duniawi sehingga merasakan tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki.

“Beberapa bulan lalu saya terlibat dalam sebuah penggambaran drama dan ketika itu saya rasakan dikelilingi persekitaran yang toksik! Situasi itu membuatkan saya diserang anxiety sehingga tidak boleh keluar rumah.

“Banyak perkara yang saya fikirkan dan Alhamdulillah sekarang saya sudah dapat jawapan. Semoga jalan ini berkekalan. Hari ini apabila bangun pagi, saya rasa puas dengan kehidupan baru ini,” ujarnya.

Oleh itu, Avaa memaklumkan dia sudah mendaftar untuk mengikuti pengajian agama di sebuah cawangan universiti di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, perubahan tersebut tidak bermaksud dia meninggalkan dunia seni tetapi sebaliknya berharap ilmu penghijrahan dapat memberi manfaat kepada orang lain.

“Kalau mahu mendekati usaha dakwah, saya perlu cukupkan ilmu di dada. Jadi saya mendaftarkan diri bagi mengikuti pengajian Islam di sebuah universiti.

“Saya tetap akan berlakon dan mahu kongsi ilmu yang bermanfaat kepada ramai orang selepas ini,” jelasnya.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 12 Aug 2024
Trending Fri, 8 Sep 2023
Hiburan Sat, 28 Aug 2021

“Ada Yang Tegur Kerana…” – Amir Masdi Selesa Dengan Rambut Panjang

Penyanyi yang popular dengan lagu Kau Sakiti, Amir Masdi, 25, mengakui dirinya selesa dengan imej berambut panjang. Menurut Amir atau nama sebenarnya, Amir Syazwan Masdi, ramai peminat turut bersetuju dengan imej yang dibawanya sekarang. “Ada […]

Events Mon, 4 Nov 2019

网红究竟能赚多少钱?《网红炼精术》为你揭秘

网红到底是什么?网红又是如何赚钱的呢?如何成为网红?

Featured Wed, 20 Mar 2024

Kongsi Cerita Ikan & Rezeki, Alif Satar Bikin Ramai Insaf – “Tak Boleh Takbur! Kena Sentiasa Bersyukur Dengan Pemberian Allah”

Masya-Allah, nampak mudah perkongsian Alif tapi betul-betul patut dijadikan pengajaran buat kita semua❤️😥

Trending Mon, 7 Dec 2020
Hiburan Tue, 27 Sep 2022

[VIDEO] “Datuk Vida Zaman Muda” – Netizen Kata Wajah Iman Troye Mirip DSV

Ramai netizen kata sama.. Tang mana sama tu agaknya eh? 🤔😅

error: Content is protected !!