Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi December 8, 2022 @ 5:44pm

[VIDEO] Pekerja Kedai Tomok Kena Scam, Report Polis Telah Dibuat – “Macam Kena Pukau”

Penyanyi Tomok meluahkan rasa berang dengan sikap seorang pelanggan lelaki yang didakwa menipu di premis perniagaan miliknya pada semalam.

Menerusi perkongsian di Instagram, Tomok memberitahu bahawa pekerjanya telah di ‘scam’ ketika pelanggan lelaki tersebut membuat pesanan di kaunter.

“Bukan nak aibkan sesiapa, tapi saya tak nak perkara ini jadi kat orang lain, kena hati-hati.

“Semalam staff saya macam kena scam kat kedai kami di Chatime Setia City Mall. Orang tu datang, dia order air, lepas tu dia mintak terus duit baki, padahal dia tak bagi lagi duit untuk dia beli air,” kongsi Tomok.

Dalam perkongsian itu, pelantun lagu Sejarah Mungkin Berulang itu turut memuat naik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan individu lelaki tersebut dengan jelas.

“Kalau korang boleh tengok kat video ni, dia macam paksa untuk dapatkan duit baki dengan cepat. So staff saya bagi la duit baki yang dia minta dalam RM87.

“Lepas tu dia datang lagi nak tukar duit pula, dari duit yang dia ambil tadi. Lepas tu dia terus hilang, tak tahu ke mana.

“Macam kena pukau pun ya juga, saya baru je nak berniaga, senang-senang je dia datang ambil duit. RM87 tu banyak, itu baru satu kedai, kalau 10 kedai dia pergi. Hati-hati tau guys,” jelasnya.

Tambah Tomok, dia sudah membuat laporan polis dan berharap pelaku segera ditangkap.

“Report polis kami dah buat, semoga malaun ni kena tangkap. Kurang ajar betul,” tegas Tomok.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tomok (@tomokofficial)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 1 Nov 2019
Featured Mon, 12 Jan 2026

Penangan Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza, Netizen Minta Noh Salleh ‘Remake’ Lagu Kau Mawarku

Netizen menyuarakan harapan agar Noh Salleh tampil membuat versi ‘remake’ lagu ikonik, Kau Mawarku bersama Biduanita Negara itu.

Featured Thu, 19 Oct 2023
Featured Mon, 21 May 2018

Detoksifikasi Yang Berlaku Sepanjang Berpuasa Bawa 1001 Kebaikan Untuk Kesihatan Badan

Matlamat berpuasa bukan saja meningkatkan taqwa, malah kesihatan badan melalui proses detoksifikasi.

Trending Wed, 21 Apr 2021

Kanak-Kanak 12 Tahun Dilarang Berkunjung Ke Bazar Ramadan

Haa, jangan bawa budak. Dah beli terus balik okay!

Hiburan Thu, 11 Jan 2024
Hiburan Tue, 28 Jan 2020

Jennifer Lopez Kongsi Kata Semangat Buat Isteri Mendiang Kobe Bryant

Hari yang sedih bagi seluruh dunia yang merasai kehilangan Kobe…

Featured Fri, 11 Jul 2025
Trending Mon, 20 Jan 2020
Featured Fri, 17 Mar 2023
error: Content is protected !!