Euforia Bola 2026
Filem By: Dharnieya Nur Amelsa December 8, 2022 @ 6:29pm

Duan Nago Bogho Bukan Sekadar Filem Aksi, Angkat Perjuangan Maruah Seni Mak Yong

Tidak dapat dinafikan filem yang bercorak aksi sememang-memangnya merupakan genre yang cukup digemari oleh penonton di Malaysia.

Melihat kepada potensi filem yang sebegini telah membuatkan syarikat produksi Kalamarif Holdings Sdn. Bhd. muncul dengan sebuah naskhah istimewa terbaru iaitu berjudul Duan Nago Bogho.

Apa yang menariknya filem ini, ia mengetengahkan seorang pengarah dan pelakon hebat iaitu Sabri Yunus yang cukup dikenali dengan naskhah Pok Yang Cong Codei.

Menurut penerbit Kolonel Bersekutu (PA) Arisz Ab Rahman, pihaknya berminat untuk menerbitkan filem Duan Nago Bogho ini kerana tertarik dengan skrip dan jalan cerita yang dihasilkan oleh Sabri.

“Saya melihat filem ini berbeza dengan filem-filem aksi sedia ada. Dua Nago Bogho benar-benar filem berwajah kita yang menggabungkan aksi dengan elemen seni budaya Malaysia iaitu Mak Yong dengan nilai komersial.

“Mengenai pemilihan tajuk pula, ia adalah gambaran sifat watak utama iaitu Duan seperti ular ‘Nago Bogho’ atau lebih dikenali sebagai ular tedung selar,” ujarnya.

Katanya lagi, filem sulung terbitan syarikatnya itu telah menelan kos perbelanjaan sebanyak RM 2 juta dan menggunakan dialek bahasa Kelantan sebanyak 80 peratus.

Penggambaran filem ini mula dijalani selama 30 hari pada April 2021 di lokasi seperti Kuala Lumpur sebanyak 90 peratus dan Kelantan sebanyak 10 peratus.

Bakal menampilkan pelakon Asrul Faizal selaku teraju utama membawakan watak Duan dan juga turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Jojo Goh, Sangeeta Krishnasamy, Husairi Husain, Angeline Tan, Issey Fadzlisham, Jason Chong dan ramai lagi.

Bercakap mengenai harapannya terhadap filem berkenaan, beliau mengharapkan filem Duan Nago Bogho ini dapat diterima oleh semua golongan penonton.

“Seperti penerbit pastinya saya ingin mendapat kutipan yang memberangsangkan dan diterima oleh seluruh penonton tanpa mengira negeri dan latar belakang.

“Walaupun latarnya mengenai kehidupan watak utama sebagai orang Kelantan dan kebanyakannya berdialek Kelantan, namun isu, mesej dan jalan cerita Duan Nago Bogho berlaku di mana-mana sahaja,” ujarnya.

Sementara itu, Sabri pula menjelaskan dia berminat menulis skrip serta pengarah filem berkenaan setelah melalui sendiri pengalaman yang menarik perhatiannya dalam bidang kesenian khususnya seni tradisional Kelantan.

Jelasnya, ada tiga faktor untuk menghasilkan Duan Nago Bogho iaitu mengenai cinta pada seni yang tinggi, pertembungan ideologi pada nilai kesenian dan melihat kepada nilai setiakawan serta pembelotan dalam hubungan persahabatan.

“Ketiga-tiga faktor ini saya rangkumkan menjadi sebuah naskhah dan menjadi tunjang kepada penceritaan yang ingin disampaikan.

“Ia bukanlah sebuah filem aksi semata-mata dan lebih kepada perjuangan dalam pertahankan maruah seni Mak Yong.

“Watak Duan juga seorang yang melalui dunia pergaduhan demi maruah diri, namun dia bukan jahat atau samseng, tetapi orang yang sangat menjaga maruah dan harga diri, maruah dan harga seninya,” ujarnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 3 Dec 2017

Pasport Baru Malaysia Antara Yang Tercantik Di Dunia

Bagi mereka yang kaki ‘travel’ terutamanya keluar negara, pasti sudah biasa dengan ‘buku merah’. Tanpanya, anda pasti tersangkut di pusat pemeriksaan di pintu keluar atau masuk negara. Tanpa menafikan kepentingannya, antara ciri lain dokumen pengenalan […]

Drama Tue, 3 Feb 2026
Featured Fri, 29 Apr 2022
Hiburan Sat, 10 Feb 2018

5 RANCANGAN HOT UNTUK DI TONTON SEPANJANG MINGGU INI!

Kalau korang peminat drama melayu, korea, mahupun drama dari negara luar tetapi asyik terlepas menonton drama kesukaan korang, ini antara 5 sebab kenapa semua patut layan drama kegemaran masing-masing di tonton!

Hiburan Wed, 28 Feb 2018

BTS Nominated for ‘Favourite Global Music Star’ and Gains More Recognition!

2017 was an amazing year for BTS but it seems like 2018 will be even better than ever! These boys are truly talented and they deserve the recognition.

Featured Fri, 27 May 2022
Trending Mon, 7 Sep 2020
Hiburan Fri, 2 Jan 2026

Nadia Brian Syukur Mulakan Tahun Baharu Dengan Nedim Nazri

Nadia meluahkan rasa syukur memasuki tahun baharu bersama cinta hatinya, Nedim

error: Content is protected !!