Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 13, 2022 @ 1:33pm

Sambut Anniversary Ke-9 Tahun Dengan Busana Bernilai RM80,000, Che Ta Dedah Zain Tak Paksa Masak, Kemas Rumah & Sangat Jaga Solat

Baru-baru ini, usahawan selebriti, Rozita Che Wan  dan suami, Zain Saidin mencuri perhatian warganet apabila mengenakan pakaian bernilai RM80,000 sempena majlis ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-9 tahun.

Perkara itu dikongsi Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta menerusi hantaran di Instagram miliknya.

Menurut Che Ta, dia bersyukur kerana Zain tidak pernah mengongkong dan mengawal pergerakannya apatah lagi mengarahkannya melakukan kerja rumah seperti mengemas dan memasak.

“12 tahun jadi ibu tunggal, tak pernah nak give up dengan perkahwinan. Kadang Allah hantar peneman untuk uji tahap kesabaran kita. Kalau sabar kekal lah bahtera yang dibina, kalau tak sabar tu yang porak peranda.

“Alhamdulillah 9 tahun ini Allah hantar yang baik-baik sahaja. Zain tak pernah suruh kami kemas rumah, paksa masak jauh sekali nak control pergerakan kami,” tulisnya.

Dalam pada itu, Che Ta mengakui walaupun Zain tidak pernah memaksa atau menyuruhnya mengemas rumah namun dia merupakan seorang suami yang amat tegas dalam bab agama.

“Satu bend ayang dia akan ulang-ulang tanya pada setiap waktu adalah solat. Tak sangka Mat Salih celup yang kami kahwin ni sangat particular tentang agama.

“Ingat lepas kahwin nak pakai skirt atas peha je. Yelah kita pula feeling macam kahwin dengan mat salih tapi terus pelan-pelan tutup aurat. Alhamdulillah,” katanya.

Pelakon yang popular menerusi drama rantaian Kak Mar ini juga turut berpesan kepada golongan wanita agar tidak berputus asa soal jodoh dan rumah tangga kerana dia percaya Allah akan memberikan teman hidup pada waktu yang tepat.

“Kalau ada wanita di luar sana yang give up bila rumah tangga berderai, mungkin jodoh anda akan muncul. Insya-Allah, Allah tengah pilih yang terbaik untuk anda,” jelasnya.

Untuk rekod, Che Ta dan Zain Saizin mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana, 8.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 29 Dec 2018

‘ Kalau Saya Tahu Seronok Macam Ni, Sudah Lama…’ Anuar Zain Mengaku Seronok Guna Sosial Media

Korang dah follow ke belum? Kalau belum, cepat follow abam Nuar hari ini!

Trending Sat, 30 Jun 2018

Yang Saya Marah, Dia Kahwin Dengan Kawan Sepermainan Anak Saya…

Namun saya tak sangka perkara itu benar-benar terjadi. Kalau dengan anak dara atau wanita yang lebih berusia saya boleh terima.

Trending Thu, 8 Oct 2020
Trending Thu, 30 Aug 2018

Nenek Usia 78 Tahun Hamil Anak Pertama

Warga emas berusia 78 tahun itu dikhabarkan hamil lima bulan dan perkara ini disahkan oleh suaminya, Ade Irawan.

Featured Thu, 12 Jun 2025
Events Thu, 12 Jul 2018

Tuah Anak Yatim Berkunjung Ke Sunway Lagoon!

Rumah Anak-Anak Yatim Damai, Kuang berpeluang untuk menikmati keseronokan yang mereka tidak pernah rasai dengan anjuran dari pihak Sunway Lagoon…

error: Content is protected !!