Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi December 13, 2022 @ 5:06pm

[VIDEO] Amyza Aznan Sebak Kongsi Pengajaran Drama Rindu Kasih TV3 – “Kepada Isteri, Jangan Tinggalkan Suami Saat Diuji, Walaupun…”

Pelakon berkaliber, Amyza Aznan, 46, meraih perhatian ramai selepas muncul dalam drama rantaian Rindu Kasih TV3 dibawah arahan Pali Yahya.

Drama 15 episode ini baru sahaja selesai melabuhkan tirai semalam mendapat pelbagai reaksi peminat yang berpuas hati dengan pengakhiran antara Salina dilakonkan oleh Ummi Nazeera bersama suaminya, Amir dibawa oleh Izzue Islam.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Trending Di Twitter, Ramai Puas Hati ‘Ending’ Drama Rindu Kasih TV3 – “Suami Ugut Jatuh Talak, Isteri Terus Melangkah Jauh!”

Susulan itu, menerusi sebuah video tular di TikTok, Amyza yang membawa watak sebagai Shida iaitu ibu kepada Salina memberi pesanan kepada isteri-isteri diluar sana.

“Sebagai seorang isteri, walau bagaimana suami awak susah dan diuji, jangan sesekali kita tinggalkan suami terutamanya anak untuk mengejar kebahagiaan.

“Kita sendiri pun tak tahu betul ataupun tidak kebahagiaan itu tetapi disebabkan ketamakan. Jadi pengajarannya kepada isteri, jika suami anda dilanda ujian daripada segi kewangan, kesihatan, jangan abaikan suami dan anak anda.

“Kerana kifarah itu pasti tahu,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, ada dalam kalangan mereka yang bersetuju dengan pendapat Amyza mengenai kisah rumah tangga itu.

Namun begitu, ada segelintir daripada mereka yang tidak bersependapat kerana menurut mereka suami apabila sudah senang mudah melupakan isteri yang setia bersama ketika susah.

Dalam pada itu, rata-rata netizen memuji kualiti lakonan Amyza yang menjadi ibu kepada Salina dilakonkan oleh Ummi Nazeera dalam drama Rindu Kasih diakui amat menyentuh perasaan mereka.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih sebanyak 318,000 tontonan, 21,000 tanda suka dan 349 komen.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Terkesan Dengan Watak Dalam Rindu Kasih, Amyza Aznan Minta Jangan Hina Banduan – “Tak Dapat Bayang Kehidupan Realiti…”

Artikel Berkaitan: Beri Impak Besar Buat Penonton, Amyza Aznan Puji Lakonan Izzue Islam Dalam Drama Rindu Kasih

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 21 Jun 2019

‘Nak Gugur Jantung Pagi Tadi’- Ezzaty Abdullah Kongsi Pengalaman Cemas

Nasib baik tiada sebarang kehilangan, kena lebih berhati hati lepas ini.

Events Sun, 23 Dec 2018

A Non-Diehard KPOP Fan’s Perspective Based on BtoB’s Latest Concert in Kuala Lumpur

Have you ever been to a KPOP concert? You might understand why fans love it so much

Hiburan Tue, 21 Mar 2023
Featured Fri, 15 Mar 2019

Kenali ‘pelakon’ yang main watak kucing peliharaan Captain Marvel

Kucing pun pandai beraksi di hadapan kamera!

Events Fri, 26 Jul 2019

杨丞琳秘密来马!惊喜现身推介活动宣布11月来马开唱

杨丞琳秘密来马!惊喜现身JStarS Group推介礼,宣布11月将来马举办《青春住了谁》巡演大马站。

error: Content is protected !!