Euforia Bola 2026
Featured By: Khairunnisa Mohamad Musa December 13, 2022 @ 3:04pm

Lancar Single Terbaharu ‘One and Only’, Kisah Peribadi Jadi Ilham Alvin Chong

Pelakon dan penyanyi Alvin Chong kembali dengan sebuah lagi karya menarik berjudul ‘One And Only’.

Lagu yang diilhamkan dari kisah peribadi Alvin sendiri ini mempunyai makna yang besar buat dirinya.

Menurut Alvin, karya terbaharu ini dicetuskan semasa pandemik Covid-19 apabila dia banyak menghabiskan waktu di dalam kereta bersendirian.

“Sebaik sahaja saya keluar dari kereta saya rasa seperti ada beban. Ada tekanan dan tanggungjawab yang perlu saya laksanakan sebagai seorang anak, artis, abang dan juga kawan.

“Saya rasa seolah-olah berada di dalam kereta adalah satu-satunya tempat yang saya anggap zon selamat dan selesa buat diri sendiri,” ujarnya.

Lagu yang ditulis bersama kumpulan komposer terkenal MFMF ini mengambil masa dua hari untuk dizahirkan.

Alvin juga mendedahkan dia dan komposer MFMF berborak panjang sekitar dua jam untuk mendapatkan idea utama lagu ini.

“Setelah menjelaskan ia berkisar perasaan saya, kami kemudian memikirkan lirik dan bunyi yang sesuai. Sungguhpun lagu ini bernuansa sedih dan sendu saya tidak mahu ia menjadi balada suram.

“Saya mahu ia menjadi lagu yang lebih rancak biarpun lirik sedikit bertentangan. MFMF setuju dengan idea itu dan berjaya memberikan apa yang saya mahu,” ujar Alvin tentang karya ini.

Dalam pada itu, lagu ini juga menampilkan sebuah video muzik menarik yang menjalani penggambaran di Klang.

“Video muzik ini mengambil masa dua hari untuk disiapkan. Namun dua minggu kemudian kami mengambil keputusan untuk menambah satu lagi babak dengan kumpulan kugiran yang memainkan muzik iringan.

“Sungguhpun, ada beberapa cabaran untuk menghasilkan video ini. Yang pertama, cuaca yang sangat panas ditambah dengan aneka lapisan pakaian yang perlu saya kenakan pada hari tersebut.

“Kedua, kami terpaksa tunggu saat jalanan kosong tanpa kereta untuk mendapat tangkapan terbaik,” tambah Alvin lagi.

Biarpun terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam menghasilkan karya ini, Alvin berharap agar para pendengar tidak mudah berputus asa dan akan terus percaya bahawa sentiasa ada harapan dalam kehidupan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 19 Jan 2020

‘Cermin Diri Sendiri, Jangan Campur Tangan Urusan Parti’-Haniza Talha

Teguran itu ditujukan berikutan kenyataan beberapa Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN).

Featured Tue, 25 Jan 2022
Trending Sat, 25 Jan 2020

(Viral) KKM Sahkan Kes Coronavirus Pertama Di Malaysia

Susulan wabak penularan Coronavirus di Wilayah, Wuhan. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesahkan bahawa 3 warganegara Cina yang memasuki negara Malaysia disahkan positif menghidapi Coronavirus. Mangsa merupakan ahli keluarga yang turut dijangkiti kes Coronavirus […]

Hiburan Thu, 7 Sep 2023
Trending Sat, 28 Sep 2019
Trending Tue, 27 Jul 2021

Khai Bahar Luah Rasa Sengsara

Penyanyi Khai Bahar meluahkan rasa kecewa menerusi single terbaru berjudul Sengsara. Sengsara merupakan buah tangan terbaharu Khai selepas lagu cinta ‘Hilang Gelita’ yang mewarnai drama Kisah Cinta Rumi. Lagu ciptaan trio komposer hebat John Jeeves, […]

error: Content is protected !!