Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir December 14, 2022 @ 6:39pm

YHB Sleepsalot Rujuk Kamus Dewan Nak Tulis Lirik Bahasa Melayu – “Saya Kena Duduk Dan Fokus Sebab…”

Penyanyi hip hop kelahiran Singapura, YHB Sleepsalot memberitahu perlu ambil masa dan merujuk kamus untuk menulis lirik lagu dalam bahasa Melayu.

Menurut YHB atau nama sebenar Muhammad Yassin Husaini Saliman, 21, dia mengakui tidak terlalu fasih berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan apabila menulis lirik, dia memerlukan fokus yang tinggi.

“Di bilik saya, ada Kamus Dewan berwarna merah. Kalau nak tulis lirik, kadang-kadang saya cuma selak kamus helaian demi helaian.

“Tengok perkataan apa yang saya tak pernah dengar sebelum ini, datanglah idea. Kadang-kadang, saya rujuk Google Translate juga,” katanya yang ditemui semasa Media Gathering di Universal Music, semalam.

Menerusi muzik hip hop dan kemunculan single baharunya yang berjudul Tukar Currency, YHB sedikit sebanyak dapat memperbaiki penguasaan bahasa Melayunya yang lemah itu.

“Secara semulajadinya, memang saya tak berbual dalam bahasa Melayu sebab tiada banyak peluang untuk berbuat demikian di Singapura.

“Sungguhpun begitu, kalau saya tulis lagu atau lirik, memang saya betul-betul duduk di meja dan letakkan fokus penuh. Kemudian, barulah saya tulis (lirik) dalam bahasa Melayu,” ujarnya.

Tukar Currency merupakan lagu bahasa Melayu kedua YHB berduet bersama Nakalness dibawah edaran syarikat rakaman, Universal Music yang dicipta oleh RIIDEM, SonaOne dan YHB sendiri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 23 Jun 2022
Trending Mon, 5 Nov 2018

Pencuri Pulang 28 Biji Kerusi Dicuri Tak Sampai 24 Jam Video Tular

“Tarik Balik Gambar Diviralkan,” Pencuri Pulang 28 Biji Kerusi Dicuri Tak Sampai 24 Jam Video Tular

Hiburan Tue, 12 Nov 2019

Azhar Amir Mahu Dapatkan ‘Restu’ Tun Mahathir

Siapa yang tak gementar apabila dipilih membawa watak epik negarawan Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad? Begitulah perasaan pelakon Azhar Amir apabila dipilih membawa watak utama sebagai Tun M dalam Filem Mahathir: The Journey arahan […]

Trending Wed, 1 Jun 2022
Featured Wed, 25 May 2022

Suka Pergi Shopping Salah ‘Timing’, DSV ‘Disekolahkan’ Netizen

Datuk pun… mall kan tutup pukul 10 malam??

Hiburan Thu, 30 Mar 2023
Featured Fri, 23 Apr 2021

Sebilangan Kecil Tidak Patuh SOP Punca Peningkatan Kes- Ismail Sabri

Walaupun musim perayaan Aidilfitri hampir menjelang tiba namun sehingga ke hari ini pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan kerana ia merupakan antara penyumbang peningkatan kes Covid-19. Menurut Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri, majoriti rakyat […]

Hiburan Tue, 16 May 2023

Bekerjasama Dengan Syarikat Antarabangsa, Neelofa Masih Diterima Baik Walaupun Berniqab

Neelofa kot semua syarikat berebut nak berkolaborasi bersama

error: Content is protected !!