Drama By: Khairil Khusyairi December 15, 2022 @ 12:46pm

Redza Rosli Tiada Niat Sakiti Scha Elinnea

Terbaharu di slot Samarinda TV3, saksikan drama bersiri Hati Tanpa Rasa yang bersiaran mulai 13 Disember 2022, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam dan turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman iQIYI 1 jam selepas siaran TV.

Hati Tanpa Rasa mengisahkan seorang gadis bernama Nur Kaisara yang sanggup berbelanja demi menjaga penampilan dan terlalu taksub dengan kecantikan. Sikapnya juga tidak disenangi oleh orang sekelilingnya. Apabila Nur Kaisara dipertemukan dengan Naufal Nidham, adakah dia mula dilimpahi oleh kesenangan hidup yang diimpikan atau sebaliknya?

Hati Tanpa Rasa merupakan adaptasi daripada novel Heartless karya Ateen Khalid dengan menampilkan Redza Rosli dan Scha Elinnea sebagai watak utama. Drama 26 episod ini diterbitkan oleh Creative Skill Solution, diarahkan oleh Ayie Mustafa & Emi Suffian dan nukilan skrip daripada Nieza Nahar.

Sinopsis

Nur Kaisara (Scha Elinnea) terlalu taksub dengan kecantikan dan sanggup berkorban untuk mengikat perut kerana gaji yang rendah. Dia juga seorang yang sombong dan tidak disenangi oleh orang sekelilingnya. Hanya teman serumah, Erin dan Laila yang memahaminya. Di pejabat, Kaisara mempunyai rakan rapat, Danish yang turut menyimpan perasaan padanya dalam diam. Kaisara ada musuh tegar bernama Julia yang sentiasa mencari kesalahannya dan sanggup menggoda Danish semata-mata untuk menyakitkan hati Kaisara. 

Satu hari, Kaisara ditawarkan gaji yang lumayan sebagai pembantu peribadi kepada Naufal Nidham ataupun Nid (Redza Rosli), seorang arkitek yang bekerja di syarikat pembinaan milik ayahnya, Dato’ Nazrin. Malahan, Nid juga seorang lelaki bujang yang paling dikenali kerana latar belakang keluarganya yang berkedudukan dan kaya.

Umpama durian runtuh, Kaisara terlalu teruja dan terus menerima tawaran tersebut tanpa berfikir panjang dan tidak membaca syarat-syarat kontrak dengan teliti. Selepas menandatangani kontrak, barulah Kaisara sedar dia ‘bersetuju’ untuk bekerja sebagai pemandu peribadi dan dikehendaki mematuhi lima syarat tambahan dalam perjanjiannya.

Akibat terikat dengan kontrak yang telah ditandatanganinya, Kaisara terpaksa akur bekerja dengan Nid. Mereka berdua selalu bergaduh dan Kaisara juga menggelar Nid dengan pelbagai nama termasuk ‘Mr Banyak Syarat’ dan ‘Mr Potong Gaji’. Sepanjang mereka bekerja, mula terbit satu perasaan yang aneh dalam hubungan mereka. Tanpa diketahui oleh Kaisara, Nid mempunyai sebabnya untuk mengambil Kaisara bekerja dengannya.Apakah niat sebenar Nid?

Jangan lupa tonton Hati Tanpa Rasa menerusi slot Samarinda, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam atau strim di perkhidmatan penstriman iQIYI 1 jam selepas siaran TV. Ia juga disertakan dengan sari kata dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia di mana penonton boleh mengakses secara percuma pada bila-bila masa melalui www.iQ.com/local atau muat turun aplikasi iQIYI di App Store dan Play Store. Pelanggan VIP iQIYI boleh menikmati akses VIP Ekspres bagi drama ini yang membolehkan penonton untuk menonton episod terkini, 1 jam selepas tayangan di TV3 manakala pengguna percuma dapat menonton 48 jam selepas.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 7 Dec 2017

Rock Revival Himpun Otai Rock

siri persembahan ‘Rock Revival’ bermula pada 23 Disember ini di The House, G Tower Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur

Hiburan Wed, 21 Aug 2019
Featured Tue, 14 Jan 2020
Hiburan Fri, 30 Aug 2019

国庆感受「冰」乐趣!全民同庆国庆及马来西亚日

为庆祝我国独立62周年,全球最大的连锁冰淇淋专卖店要让你在这两个月天天「揪团」吃冰淇淋!

Hiburan Fri, 15 Jul 2022
Featured Wed, 28 Sep 2022
Hiburan Tue, 1 Oct 2019
Featured Mon, 9 Jan 2023

Keluarga Syamsul Tak Akan Maafkan Kazar Saisi – Patimah Ismail

Kami terima takdir yang telah berlaku kepada anak kami yang malang itu – Ibu Syamsul Yusof

Eat Travel Tue, 6 Nov 2018

8 Jenis Makanan Kaum India Sempena Perayaan Deepavali

Anda wajib rasa semua kuih kaum India, memang sedap!