Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 15, 2022 @ 6:11pm

Sibuk Dengan Syarikat Produksi, Jual Mi Kari… Nadzmi Adhwa Tapis Tawaran Lakonan

Pelakon Nadzmi Adhwa memperlahankan sedikit karier lakonan selepas mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ardell Aryana pada 2019.

Bukan tidak laku malah pelbagai peluang terpaksa ditolak, Adhwa, 30, sibuk membahagikan masa dalam bidang perniagaan.

“Tawaran selalu ada tetapi terpaksa ditapis, kerana saya tidak mahu timbul ‘conflict interest’ memandangkan saya kini mengusahakan sebuah syarikat produksi Arwaa Production yang menumpukan kepada penerbitan drama, telefilem dan program.

“Jadi saya lebih banyak berada dibelakang tabir. Kita beri ruang kepada pelakon tempatan berbakat yang lain menyerlahkan kebolehan mereka. Melainkan naskhah yang saya terima itu boleh mengembangkan karakter saya pasti saya terima dengan hati terbuka,” katanya

Menurut Adhwa, selepas berkahwin dan menimang cahaya mata, keutamaan sudah berubah. Lakonan memang menjadi minatnya dan dia tidak sekali melupakan bidang seni.

“Kini, saya membahagikan fokus kepada tiga perkara iaitu keluarga, bidang seni serta perniagaan.

“Isteri saya pula lebih selesa untuk menumpukan fokus terhadap anak dan keluarga serta beberapa aktiviti kemanusiaan.

“Selain mula berjinak dalam bidang penerbitan, kami juga aktif dalam perniagaan makanan, Arwaafood.

“Syukur Alhamdulillah, perniagaan makanan menerusi Arwafood mendapat sambutan yang sangat positif,” katanya.

Berkongsi kegembiraan mengenai Arwafood, produk Mee Kari Opah di bawah jenama terbabit terjual sebanyak 15,000 kotak menerusi platform TikTok, baru-baru ini.

“Syukur kerana produk ini mendapat respons yang sangat baik. Kami sendiri tak sangka Mee Kari Opah terjual dengan kuantiti sebanyak itu dalam masa satu jam sahaja.”

“Pada awalnya, kami dapat tawaran untuk berkolaborasi dalam perniagaan ini dari dua orang sahabat, Hadi Kaderi dan Nizar Hafiz. Kami mahu meneroka bidang perniagaan makanan dan timbul idea untuk muncul dengan mi kari.

“Setelah enam bulan berhempas pulas memikirkan idea untuk segi konsep dan rasa yang ingin ditampilkan, maka terhasillah Mee Kari Opah,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 7 Mar 2026

“Orang Perang Sana Sini, Hang Sibuk Tanya Aku Bila Kahwin” – Zul Ariffin

Zul Ariffin, tampil meluahkan rasa kurang senang apabila sering diajukan soalan berkaitan perkahwinan

Featured Sun, 20 Apr 2025

Mantera Filem Seram Bongkar Ritual Bobolian, Bomoh Tradisi Kaum Dusun Di Sabah

Mengangkat kisah mist.ik berdasarkan amalan tradisional kaum Dusun.

Featured Sat, 14 Mar 2026

“Menjalankan Tanggungjawab Sebagai Isteri & Ibu Adalah Ibadah Paling Mulia” – Ozlynn 

Pelakon Ozlynn Waty berkongsi pandangannya mengenai peranan seorang wanita dalam menggalas tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.

Hiburan Mon, 20 Nov 2017

恭喜!玛格罗比怀孕了

玛格罗比(Margot Robbie)在《Suicide Squad》中饰演「小丑女」爆红,随即在2016年底宣布和汤姆艾克力(Tom Ackerley)结婚,原本以为她可能打算就此隐归家庭生活,但她不想错失多个争相邀约演出的好机会,因此生育计画也因此延后,为了未来宝宝也特地冻卵,没想到就在20日时爆出她已经怀孕3个月了!

Selebriti Thu, 8 Feb 2024

“Lawan Semua Dengan Doa, Mama” – Abby Abadi

Doakan yang terbaik untuk mereka

Featured Mon, 21 Oct 2024
Featured Mon, 9 Feb 2026
error: Content is protected !!