Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari December 17, 2022 @ 8:44pm

“Please Tolak Beza Bangsa & Agama” – Terkilan Dengan Ciapan Individu Di Twitter Mengenai Tragedi Tanah Runtuh, Fazley Yaakob Minta Netizen Lebih Sensitif

Beberapa jam lepas, cef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob menzahirkan rasa terkilan dengan segelintir pengguna Twitter yang disifatkan tidak sensitif terhadap mangsa tragedi tanah runtuh di Batang Kali.

Menerusi hantarannya di Instagram, Fazley dilihat bersuara mengenai ciapan yang ditulis oleh individu dianggap tiada rasa simpati kepada mangsa disebabkan berbeza bangsa dan agama.

“Mangsa tanah runtuh bukan orang kita, jadi tak payahlah kesian sangat,” ciap pengguna Twitter.

Susulan itu, Fazley terpanggil untuk mengulas tentang perkara tersebut dan meminta untuk tidak menjadikan perbezaan agama dan bangsa sebagai penghalang seseorang untuk berasa simpati terhadap orang yang dalam musibah.

“Betul lah netizen tu bebasa bersuara, tapi kenalah juga tengok keadaan. Bila isu bangsa dan kaum jadi kayu pengukur untuk tentukan tahap kasihan terhadap mangsa, saya sendiri turut terkesan.

“Korang, kita nak masuk 2023 dah ni. Tak perlualah semua orang diingatkan apa yang perlu di post dan apa yang perlu difikirkan semula sebelum di post,” tulisnya.

Malah, Fazley juga memohon kepada orang ramai untuk lebih sensitif agar tidak menyinggung perasaan keluarga mangsa dengan komen yang negatif.

Tambahnya, sebagai rakyat Malaysia kita sepatutnya bersatu hati dan bersimpati antara satu sama lain dalam apa jua keadaan.

“Mohon lebih sensitif dengan kemungkinan ada ahli keluarga mangsa yang terbaca komen-komen sinis itu.

“Dah namanya rakyat Malaysia, maka bukan hanya bola sepak yang menyatukan kita tetapi musibah juga seharusnya membuatkan kita semua bersatu hati dalam simpati,” nasihat Fazley.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 11 Oct 2023

Isu Artis Wanita Kembali Free Hair, Fatin Afeefa Titip Pesan… Minta Netizen Jangan Cepat Jatuh Hukum – “Kita Pun Bukan Baik Sangat!”

Setuju dengan Fatin! Entah-entah orang yang tengah struggle nak istiqamah sekarang ni lebih baik dari orangyang suka kutuk tu kan?❤️‍🔥❤️‍🔥

Featured Tue, 4 Jul 2023
Hiburan Tue, 25 Jun 2019

Aazief Khalid Dan Instafamous Ini Akhirnya Berpisah

Netizen ni pun, cubalah selidik dulu punca perpisahan diorang, jangan main serkap jarang je!

Hiburan Tue, 24 Jul 2018

八度空间稳坐收视第一中文电视频道

八度空间一直为观众提供最创新、最优质电视节目,今天八度空间再度捎来好消息,在2018年的上半年再度创下全马无线电视与收费电视收视总冠军,稳坐收视第一中文电视频道!

Hiburan Tue, 5 Apr 2022
Featured Fri, 28 Jun 2024

“Syabas Jadi B*ru*h Yang Tidak Dibayar”- Ibu Aliff Aziz

Alamak, kita baca pun sakit hati dengar inikan pula orang yang kena caci macam ni. Hurmmmm🤧🙄

Selebriti Tue, 7 Nov 2023
Trending Wed, 3 Jan 2018

Gajah Terkena Renjatan Elektrik Di Gerik

Seekor gajah betina ditemui mati dipercayai akaibat terkena renjatan elektrik wayar hidup di Gerik, Perak. Berdasarkan laporan Pengurusan dan Ekologi Gajah-gajah Malaysia (Meme), gajah bertina tersebut dianggarkan berusia 40 tahun. Malah, gajah tersebut juga berkemungkinan […]

Selebriti Tue, 7 Nov 2023
error: Content is protected !!