Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 19, 2022 @ 5:39am

[VIDEO] Famili Duo: Netizen Dakwa Janna Nick Bingit, Nak Tiru Kak Lina… Ini Penjelasan Empunya Badan

Selebriti serba boleh, Janna Nick menjawab dakwaan sesetengah netizen yang mengatakan dia meniru cara pengacaraan Elly Mazlein.

Mengemudi program Famili Duo TV3 bersama Sean Lee, warganet meluahkan pendapat di media sosial sepanjang program itu berlangsung dengan mendakwa Janna ‘try hard’ ingin menjadi seperti Elly yang dikenali dengan nama Kak Lina.

“Saya tak ‘try hard’, tapi ini adalah permintaan penerbit. Bukan untuk saya jadi seperti Kak Lina Pom Pom, tidak.

“Saya tak buat kajian pun cara Kak Lina mengacara. Jika betul-betul nak jadi dia, saya memang tiru ‘sebijik’ apa yang Kak Lina buat.

@xtra_my Netizen cakap Janna Nick bingit mengacarakan #FamiliDuoTV3. Pastu ada cakap Janna nak tiru Kak Lina. Ye ke gais? #FamiliDuo #xtramy #xtratonton #tontonxtra #JannaNick #FYP #sembangentertainment ♬ original sound – XTRA

“Tapi ini adalah permintaan penerbit. Penerbit mahukan saya 100 peratus mewakili peserta dan saya bersuara untuk peserta. Jadi saya memang kena ‘lawan’ juri.

“Mungkin orang akan cakap, kenapa Janna Nick lebih-lebih sangat dengan juri, kenapa buat juri macam kawan-kawan, kenapa kena bersuara bagi pihak peserta?

“Itu adalah apa yang penerbit minta saya buat, untuk bersuara bagi pihak peserta. Jika ada kata-kata juri yang agak ‘panas’, saya kena suarakan. Saya kena bersuara bagi pihak peserta dan itu adalah permintaan penerbit.

“Sebagai pengacara yang dibayar gaji untuk melakukan perkara tersebut, saya kena tonjolkan DNA Famili Duo,” katanya kepada XTRA.

Janna juga tenang menjawab kritikan mengenai cara dia mengendali Famili Duo yang dianggap bingit.

“Bingit itu saya memang akui, kesilapan saya. Pada awal acara, mikrofon saya mengalami masalah. Saya tak dapat mendengar suara saya, jadi ketika itu saya anggap orang tak dengar, saya anggap di kaca TV pun tak dengar, jadi saya bercakap dengan lebih kuat bila saya ingat orang tak dengar.

“Bila dah tukar mikrofon, baru semuanya baik semula. Apabila saya melihat komen orang lain, baru saya sedar lontaran suara kuat dan selepas itu saya perlahankan suara saya,” katanya lagi.

Tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan untuk merebut hadiah bernilai RM 10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.

Famili Duo juga dapat ditonton di laman portal video rasmi tonton secara definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Gunakan tanda pagar #familiduoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 11 Jan 2019

Wow! Dah Macam Artis Hollywood, Penampilan Terbaru Nina Iskandar Undang Tanda Tanya

Kalau macam artis Hollywood pun apa salahnya, Nina tetap cantik!

Hiburan Wed, 6 Nov 2019

Rainbow Returns After 3 Years With a Self-Produced Single

Rainbow’s back to spread colour to the K-Pop industry.

Hiburan Fri, 14 Feb 2025
Trending Tue, 19 Jan 2021
Hiburan Mon, 1 Jan 2018

Jun Ji Hyun Dijangka Bersalin Januari 2018

Katanya bakal menimang baby boy , Jun Ji Hyun bakal bersalin bulan depan

Hiburan Tue, 21 Aug 2018

Rajin Turun Padang, Syafiq Kyle Turun 10 Kilogram

Akui Syafiq, dia aktif bermain bola sepak bersama rakan artis. Dalam masa sama, Syafiq juga menaja pasukan bola sepak, Challo yang ditubuhkan selama setahun.

Hiburan Sat, 23 Jun 2018

Dulu Depan Kamera, Sekarang Belakang Pula

Bakat baharu ini akan ditampilkan dalam pelbagai program yang bakal diterbitkan menerusi syarikat produksinya, Nabil Production.

Hiburan Wed, 3 Jun 2026

“Selamanya Manja Dari Kecil” – Noniswara Imbau Kembali Keadaan Erysha Emyra ‘Rapuh’ Di Hospital, Hilang Selera Hingga Perlu Dipaksa Makan

Noniswara berkata Erysha seorang anak yang manja dan sentiasa disuap makan oleh keluarga tersayang. 

Featured Fri, 23 Dec 2022

Ketuai Misi Bantuan Banjir Guna Raptor F-150, Wak Doyok Utamakan Kebajikan Mereka Yang Memerlukan

Usahawan dan ikon fesyen, Wak Doyok tidak ketinggalan menghulurkan bantuan di Pantai Timur ketika bencana banjir sedang melanda kawasan terbabit. @wakdoyok8055 Saya sebagai Prisident Persatuan Bakti Kasih Malaysia . Mengetuai misi bantuan banjir. Semoga perjalanan […]

error: Content is protected !!