Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Putri February 4, 2018 @ 4:15am

Selepas 6 Tahun Bercinta, Mikael Deaz Dedah Hubungan Dengan Ratu Cantik Dunia 2013.

Pelakon drama rantaian drama Poor Senorita, Mikael Daez buat kali pertama mendedahkan hubungannya dengan Megan Young yang juga bekas Ratu Cantik Dunia 2013 pada tahun lepas.

Lebih mengejutkan, pendedahan itu dibuat selepas enam tahun mereka bercinta. 

Sebelum ini, banyak khabar angin mengenai percintaan mereka diperkatakan, namun pasangan itu terus mengunci mulut dan sepakat merahsiakan status mereka.

Menurut Mikael, dia menghormati ruang privasi kekasihnya dan pada masa sama enggan mencampuradukkan hal kerjaya dan cerita peribadi.

Sejak awal pembabitan, jejaka itu sudah terbiasa untuk tidak berkongsi kisah peribadi.

“Saya tahu, pasti ramai yang akan terkejut apabila mengetahui usia hubungan cinta kami. Bukan sengaja merahsiakan tetapi saya kurang gemar berkongsi cerita peribadi.

“Tambahan pula, pada awal percintaan, masing-masing sibuk dan ingin fokus membina kerjaya. Ketika itu, kami masih baru dan tercari-cari peluang untuk memantapkan lagi kerjaya seni.

“Pada waktu itu juga, Megan sibuk mempersiapkan diri untuk pertandingan Ratu Cantik peringkat Filipina sebelum bersaing dengan peserta dari seluruh dunia untuk Ratu Cantik Dunia 2013,” katanya.

Kini lebih terbuka menjawab pertanyaan media mengenai perancangan masa depan, Mikael berkata, mereka mengimpikan untuk mendirikan rumah tangga dan bergelar ibu bapa.

Bagaimanapun, mereka belum ada perancangan khusus berkenaan majlis perkahwinan yang akan dilangsungkan.

Menurutnya, bila-bila masa saja mereka mungkin akan bergelar suami isteri.

“Saya dan Megan adalah seorang yang sukakan perkara spontan. Kami tidak perlukan rancangan rapi untuk melakukan sesuatu. Mungkin juga saya akan membawa dia ke destinasi romantik dan terus mengadakan majlis di sana.

“Seperti pasangan lain, kami juga ingin merasai kehidupan sebagai suami isteri. Percintaan ini harus diteruskan dengan ikatan perkahwinan. Namun, saya sendiri tidak tahu bila kami akan mengadakan majlis berkenaan,” katanya.

Walaupun sibuk dengan kerjaya, mereka tetap mencuri waktu untuk melancong bersama. Itu adalah satu cara yang dilakukan untuk terus mengukuhkan hubungan mereka.

Mikael yang lebih dulu terjun ke dunia lakonan sering melakonkan babak romantik bersama pelakon wanita lain. Hal itu bagaimanapun tidak menimbulkan perselisihan faham antara mereka.

Kata Mikael, kekasihnya tidak pernah meminta dia untuk menolak mana-mana tawaran ataupun menghalangnya daripada melakonkan babak romantik dengan gandingannya.

 

Kredit sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 10 Mar 2019

‘ Dia Kata Setuju’- JLo Bertunang Kali Keenam

Tarikh perkahwinan Lopez dan Rodriguez masih belum diketahui lagi memandangkan Lopez terikat dengan konsert jelajah seluruh Amerika Syarikat bermula 7 Jun sehingga 26 Julai.

Hiburan Mon, 7 May 2018

Luahan Akim Buat Arwah Ibu

Yakin abang satu hari nanti kita akan bersama. Satu hari nanti akan tiba, tak sabar rasa menunggu masanya,” tulis beliau.

Hiburan Wed, 15 Nov 2017

Kena Tunggu 23 November Kata Fattah Amin, Fazura

Apa yang cuba disampaikan dan kenapa perlu tunggu hingag 23 November? Apa yang special hari tu nanti

Featured Wed, 17 Aug 2022
Featured Thu, 8 Jun 2023

Masih Timbul Isu Bodyshaming, Isteri Kesal Tindakan Blogger Sengaja Api-Apikan Hubungan Aaron Aziz & Syamsul Yusof

Alahaiiii, kesian Datuk Aaron 🥲🥲 Sampai bila kes bodyshaming ni nak habis 🫨

Featured Tue, 10 May 2022
Hiburan Mon, 25 Jun 2018

Pelakon Jadi Pengacara, Alvin Chong Berdebar!

Bukan jual mahal untuk tak nak pergi, tetapi saya tidak mahu malukan diri. Saya juga takut tidak boleh beraksi spontan mengikut situasi seperti pengacara lain…

error: Content is protected !!