Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 4, 2022 @ 10:05pm

“Semua Orang Akhirnya Akan Mati Juga” – Kekuatan Jantung Tinggal 10%… Tak Boleh Terlalu Aktif Bergerak, Bob Lokman Mahu Terus Positif

Pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 58, mengakui tidak mahu banyak berfikir apatah lagi mengenai tahap kesihatannya.

Menurutnya, dia hanya mahu hidup dengan tenang dan sentiasa positif memandangkan kesihatan jantung beliau kini tinggal 10 peratus sahaja.

“Saya sekarang, nak tenang-tenang saja. Keadaan penyakit saya, dah memang begini dan tak mahu terlalu banyak fikir lagi. Saya nak terima semuanya dengan hati yang tenang dan positif.

“Sekarang, saya hanya nak cari ketenangan diri dalam menghadapi ujian penyakit dan takdir Tuhan ini. Rawatan doktor pun dah saya lakukan, tapi Allah Maha Mengetahui. Dalam hidup ini, semua orang akhirnya akan mati juga,” katanya.

Pelakon yang popular menerusi sitkom komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu episod Kaki Pau itu memaklumkan dia terpaksa menangguhkan  temujanji pemeriksaan jantungnya di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada Jun lalu akibat terlalu penat dan memerlukan pertolongan orang lain.

“Saya patut jumpa doktor pada hujung Jun lalu. Tapi, saya memang cepat penat dan kalau nak ke kereta pun, kena ada orang papah. Malah, untuk bergerak di hospital nanti, kena ada orang tolakkan kerusi roda serta mengusung tong gas bagi bantuan pernafasan saya. Jadi, ia menyusahkan orang lain saja.

“Sejak Ramadan lalu, saya makan pun sekali sehari, pada awal pagi. Untuk petang dan malam, saya memang dah tak boleh makan sebab tak ada selera. Setiap hari, selera makan saya hanya ada pada awal pagi.

“Saya juga kini semakin bersedia untuk sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Dengan anak-anak pun, saya dah beritahu mereka berkenaan hala tuju yang harus dilakukan apabila saya sudah tiada nanti. InsyaAllah, mereka faham,” jelasnya.

Memetik laporan Harian Metro, Bob pernah mendapatkan rawatan selama tiga hari di Institut Jantung Negara (IJN) namun keluar dari hospital tersebut dan balik ke Kelantan pada 24 April lalu akibat masalah kewangan.

Justeru itu, bagi orang ramai dan pihak yang mahu membantu Bob boleh menghulurkan sumbangan ke akaun Maybank isteri, Relawati Daud di nombor 162348359386.

ARTIKEL BERKAITAN:“Tinggal 10 Peratus… Selagi Bateri Ini Tidak Mati, Selagi Itu Saya Bernafas…” – Bob Lokman Akui Keadaan Jantung Makin Kritikal

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 18 Aug 2021

Tak Nak Guna Nama Eira Syazira & Azad Jasmin, Syazwan Shuhaimi Mahu Usaha Sendiri

Penyanyi baru, Syazwan Shuhaimi enggan menggunakan nama pasangan pelakon, Eira Syazira dan Azad Jasmin untuk dikenali dalam industri seni. Merupakan adik kepada Eira, Syazwan kini muncul dengan single yang berjudul Sang Purnama ciptaan Shazee Ishak […]

Trending Mon, 11 Jan 2021
Trending Mon, 14 Dec 2020

Perdana Menteri Arah Bekalan Vaksin Ditambah Sehingga 70%

Semoga ini yang terbaik buat rakyat Malaysia

Events Sat, 9 Jul 2022
Featured Fri, 21 Mar 2025

“Kenyataan Itu Mendatangkan Fitnah Besar Terhadap Saya” – Suami Nora Ariffin Mengaku Tuntutan Cerai Atas Desakan Isteri Pertama

Kemelut rumah tangga penyanyi, Datuk Nora Ariffin semakin panas apabila suaminya mendedahkan wujud bukti berupa desakan dan suruhan dari isteri pertamanya dan anaknya, Alia Rushdi

Trending Wed, 24 Jan 2018

Bagaimana Hadapi Mereka Yang Mahu Bunuh Diri

Kematian vokalis Linkin Park, Chester Bennington menggemparkan seluruh dunia kerana pemergiannya yang tiba-tiba serta keputusannya mengambil nyawa sendiri. Chester yang dipercayai menghidap kemurungan dikatakan telah meninggalkan klu mengenai penderitaannya dalam lagu, namun tiada siapa yang […]

Hiburan Wed, 31 Dec 2025

Masih Dalam Group WhatsApp Keluarga Mentua, Netizen Puji Puteri Sarah Beruntung Terus Disayangi

Puteri Sarah Liyana dedah masih dalam group whatsApp keluarga mentua

error: Content is protected !!