Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida May 15, 2018 @ 4:37am

Malu Punya Pasal, Sam Smith Bakal Ke Mahkamah

Penyanyi Sam Smith menyaman bekas label rakamannya, Flipbook Music daripada terus rakus menerbitkan album ‘rahsia’ yang diciptakannya ketika di zaman persekolahan.

Memetik The Sun, Sam menyaman Flipbook Music daripada berhenti menerbitkan dua album yang direkodkan oleh Sam sebelum namanya menempa populariti di seluruh dunia.

Pada 2016, Flipbook mengumumkan akan mengeluarkan album Sam berjudul Diva Boy dan telah mengeluarkan single pertama, Momentarily Mine tanpa mendapat keizinan daripada penyanyi itu terlebih dahulu sehingga membawa kepada kes mahkamah tersebut.

“Sam telah bekerja keras untuk memastikan imejnya sebagai artis pop sentiasa terjaga. Namun, kini dia risau akan menjadi bahan ketawa orang ramai selepas lagu-lagu yang diciptakannya ketika di zaman persekolahan akan dicemuh peminat,” kata sumber.

Sam malu untuk menerbitkan lagu ciptaannya ketika di zaman persekolahan kerana merasakan ia akan merosakkan imej pop yang dibawanya sebelum ini.

Dia merasakan peminat tidak akan boleh menerima lagu-lagu ‘terlebih jiwang’ yang diciptakannya pada zaman dahulu.

Disebabkan tiada kawalan terhadap Flipbook Music, Sam tidak boleh menghalang mereka daripada menerbitkan lagu-lagu tersebut sehingga memaksa penyanyi itu mengambil tindakan undang-undang terhadap label terbabit.

Sam telah mencapai kejayaan terbesar sejak album pertamanya, In The Lonely Hour diterbitkan. Malah, lagu ciptaannya, Writing’s On The Wall yang merupakan lagu soundtrack untuk filem James Bond: Spectre pernah meraih anugerah Oscar pada 2016.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 29 Jun 2018

Korang Dah Ready Untuk Padi Reborn Exclusive Live In KL?

Tujuh tahun Padi ‘hilang’ sebentar. Kami sudah bersiap sedia menguasai pentas untuk menghiburkan Sobat Padi di Malaysia. Wohooo, tak sabar!

Hiburan Sat, 10 Nov 2018

Tahniah! Diana Amir Timang Anak Ketiga

Hanya lima minit di labour room, akhirnya Diana selamat melahirkan bayi lelaki tepat pada jam 2.16 am.

Hiburan Fri, 23 Jan 2026
Featured Fri, 23 Dec 2022
Hiburan Sun, 25 Jan 2026

“Terima Kasih Kerana Bertanya & Mendoakan Anak Saya” – Bapa Mia Sara

Ridhuan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat dan bertanyakan khabar mengenai Mia Sara.

Hiburan Wed, 28 Feb 2024
error: Content is protected !!