Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida May 15, 2018 @ 8:06am

Rumit! Armin Pasang Syarat Untuk Cerai

Kes penceraian penyanyi popular Ziana Zain dilihat semakin rumit apabila suaminya Armin Zaharin hanya bersetuju sekiranya dia dibenarkan untuk berjumpa dengan anak-anak mereka.

“ Saya bersetuju untuk bercerai dengan baik tetapi dengan syarat saya dibenarkan untuk bertemu anak-anak saya.

“Sejak Mac lalu saya langsung tidak dapat bertemu mereka dan berharap perkara itu dapat diambil kira oleh mahkamah,” katanya kepada salah sebuah portal hiburan.

Armin berkata demikian di hadapan Hakim Syarie, Mohd Nizar Mokhtar yang mendengar kes itu.

Dalam pada itu, menjawab dakwaan Armin, Ziana selaku plantif memberitahu mahkamah, suaminya itu dihalang berjumpa dengan anak-anak atas arahan pihak polis dan peguamnya.

Dalam masa sama, Ziana memberitahu anak-anaknya adalah saksi berhubung kes jenayah melibatkan Armin atas dakwaan mencederakan salah seorang anak mereka dan prosiding kes itu masih berlangsung di Mahkamah Majistret di sini.

Kes berkenaan akan disebut semula pada 28 Jun depan. Semoga kemelut ini dapat diselesaikan secara baik ya! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 10 Jun 2024
TECH Thu, 14 Mar 2019

Get the vivo V15 Pro Through TuneTalk and Enjoy FREE 120GB Plan

It’s a chance you shouldn’t miss out.

Hiburan Wed, 18 Oct 2023

Yonnyboii Lancar Album Baharu ‘Persona’, Gambarkan Perjalanan Mencari Jati Diri Sebenar

Katanya album ni khas untuk isteri. Waaaa sweetnya Yonnyboii😍

Hiburan Thu, 28 Mar 2019
Hiburan Wed, 4 Dec 2019
Hiburan Tue, 1 Jul 2025
Hiburan Sat, 13 Apr 2019
Hiburan Fri, 2 Nov 2018

Selepas 15 Tahun, Amelia Henderson Kembali Hangatkan Kemuncak ASK 2018

Pelakon jelita ini berpeluang menyanyi di malam anugerah buat pertama kali!

error: Content is protected !!