Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syafiqa Irdina December 4, 2019 @ 6:31pm

Salleh Yaakob Kini ‘Berehat’ Seketika Dari Dunia Hiburan

Pelakon dan pelawak yang juga bekas penyampai radio popular, Salleh Yaakob, 58 memberitahu dia kini sedang menganggur selepas 7  bulan meninggalkan konti sebagai penyampai radio sejak Mei yang lalu. 
 
Selebriti yang terkenal dengan celoteh yang mencuit hati ini mengakui banyak masanya dihabiskan untuk  berehat di rumah bersama isteri dan anak-anak berikutan tidak lagi aktif bekerja seperti dahulu.
 
“Syukur Alhamdulillah, meskipun kini saya sudah tidak bekerja, namun jiwa sangat tenang kerana semakin dekat dengan Allah SWT. Saya anggap masa berehat ini wajar dimanfaatkan untuk lebih bermuhasabah diri ke arah positif,” katanya.
 
Personaliti terkenal tanah air ini turut mengakui ketiga-tiga isterinya iaitu Norlizah Mamat (isteri pertama), Norfara Wahida Sulaiman (ketiga), dan Samihah Sheikh Ali (Emi), (keempat) menjadi tulang belakang utama sepanjang jatuh bangun kariernya sebagai anak seni. 
 
 
“Di saat saya kini jatuh dan berada di bawah, saya hanya mampu berserah kepada Allah SWT kerana yakin dengan perancangan diatur-Nya. Ini dugaan buat saya dan keluarga apabila suatu ketika dulu pernah berada di atas. Ini namanya lumrah kehidupan. Selama lebih lima dekad saya dalam kerjaya seni keadaan sekarang bukan kali pertama saya lalui. Saya pernah jatuh teruk pada era 2000 dulu,” katanya.
 
Walau bagaimanapun, Salleh Yaakob merancang untuk membuka saluran Youtube sendiri, malah beliau turut mengakui beliau tidak malu untuk menjalani kehidupan sekarang bersama keluarga besarnya biarpun dalam keadaan yang serba sederhana.
 
Terdahulu, Salleh pernah berkahwin empat. Hasil daripada perkahwinan itu, selebriti ini  dikurniakan 13  orang anak. Pada 2015 lalu, Salleh Yaakob bercerai dengan isteri keduanya selepas 23 tahun hidup bersama.
 
Anyway, Xtra doakan semoga yang terbaik sahaja buat Salleh Yaakob dan keluarga ya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 1 Sep 2018

阿牛加入嘉宾阵容!山脚下演唱会「满满回忆杀」

山脚下男孩兄弟帮义气相挺同台演出,演唱会除之前宣布的了黄一飞、暌违多年再合体的年少外,连阿牛(陈庆祥)都点头答应参与演唱会,这个中秋节势必让大家带着满满的回忆杀啊!

Hiburan Tue, 11 Jun 2019
TECH Thu, 3 May 2018

Instagram Bakal Perkenal Sokongan Panggilan Video & Reka Bentuk Semula Laman Explore

Apakah Instagram bakal realisasikan panggilan video seperti yang dirancang . Jika ye pastinya menjadi applikasi kegemaran anak muda

Hiburan Thu, 22 Jan 2026
Featured Tue, 7 Mar 2023
Hiburan Sat, 12 May 2018

《娱协30》十大原创(国际组)彭学斌4奖成音乐人大赢家

《娱协30》十大原创歌曲奖(国际组)得奖名单中,彭学斌一口气以他词曲创作的范玮琪、梁静茹《最好的安排》、自己作曲的杨丞琳《其实我们值得幸福》、张智成《瘀青》及梁静茹《秘果》拿下4奖,率先成为十大原创歌曲奖(国际组)音乐人大赢家。

error: Content is protected !!