Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin February 25, 2025 @ 6:08pm

Kongsi Perkembangan Terkini Yassin, Azlee Senario Beri Bayangan Bakal Terima Berita Gembira

Pelakon dan pelawak popular, Azlee Senario seakan memberi bayangan bahawa peminat bakal  menerima khabar gembira mengenai rakan baiknya, Yassin.

Kata Azlee, Yassin ada menghubungi isterinya dan memaklumkan dia kini berada dalam keadaan baik.

“Alhamdulillah dia sihat sahaja. Dia menghubungi isteri dia.

“Tapi isterinya memaklumkan dia sihat dan baik. Doakan yang baik-baik,” katanya.

Azlee berkongsi mengenai perkembangan rakannya itu ketika ditemui usai sidang media Bazar Raya Shah Alam 2025 yang diadakan di Kelab Shah Alam, Selangor.

Mengulas lanjut,  Azlee atau nama penuhnya, Azlee Jaafar enggan memberi komen lanjut mengenai keberadaan Yassin selain mahu menjaga aibnya.

Sekaligus, meluahkan rasa bangga apabila Yassin berpeluang menyambut bulan Ramadan di sana.

“Kita akan melakukan konsert besar dengan sasaran penonton seramai 40 ribu orang dan itu menuntut semua ahli senario bersama.

“Baguslah dia sedang menuntut ilmu disana. Kadang-kadang ilmu Allah ni kita kena banyakkan.  Jadi bila dia balik sini dia akan mengajar kita.

“Saya pun sedih sebab kita dapat berpuasa disini dan dia dapat berbuka disana. Ini semua rahmat Allah. Doakan yang baik-baik.

“Saya rasa kebanyakan mereka yang tanya saya cuma nak jaga aib sebab dia adik kami yang paling bongsu.

“Sebenarnya kau orang pun dah tahu cuma kami minta anda semua dapat doakan yang baik-baik,” jelasnya.

Meskipun enggan memberi sebarang komen lanjut mengenai isu kontroversi tersebut, Azlee bagaimanapun memaklumkan peminat bakal menerima khabar gembira tidak lama lagi.

“Kita juga akan menerima berita gembira tidak lama lagi.

“Lagi beberapa minggu lagi kita akan dapat bersama dia. Doakan yang baik-baik,” ujarnya.

Sebelum ini, media melaporkan, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Jeddah, selepas disyaki terbabit memiliki dadah jenis ganja, namun tidak mendedahkan identitinya.

Pelawak itu dilapor sedang menjalani hukuman penjara selama enam bulan di negara itu. Hukuman berkenaan dijatuhkan ketika perbicaraannya, November lalu.

Sumber dilapor berkata, pelawak itu berkemungkinan akan dibebaskan lebih awal dari tempoh yang ditetapkan sekiranya berkelakuan baik.

Dalam perkembangan lain, Azlee diumum sebagai duta bagi Bazar Raya Shah Alam 2025.

Selain Senario, selebriti lain yang diumum akan tueut serta pada bazar kali ini adalah, Harris Annuar, Ebit Lew, Nadia Mustapha, Ako Mustapha, Aida Aris dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 4 May 2021

Nak Lebih Healthy Tapi Tetap Nak Enjoy Juadah Raya? Jom Gantikan 5 Bahan Masakan Ini!

Lepas dah sebulan berpuasa, sambutan Syawal adalah masa untuk membalas dendam dan makan semua makanan kan? Faham-faham je lah dengan rendang, lemang, lontong, semuanya tinggi dengan kolestrol tu! Sedap memang sedap tapi dalam tak sedar […]

Hiburan Tue, 20 Mar 2018

Tak Sengaja Sebar Gambar, Jurusolek Minta Maaf

Saya tidak tahu menahu mengenai kenyataan suami Siti yang mana mereka bakal berkongsi wajah anak selepas tujuh hari kelahiran.

Hiburan Fri, 29 Aug 2025

Hanger A & F Timbulkan Spekulasi… Amira Othman Nafi Kahwin Dalam Masa Terdekat, Video Busana Pengantin Hanya ‘Marketing’

Amira Othman tidak mengetahui tentang huruf A & F yang tertera pada penyangkut baju sehingga video tersebut tular di media sosial.

Featured Tue, 29 Apr 2025

Ayu Damit, Idayu dan Alyah Bergabung Dalam Showcase Eksklusif ‘An Evening To Remember’ Jun Ini

Paduan tiga suara yang pasti memukau dalam Tiga penyanyi wanita tersohor tanah air, Datin Alyah, Ayu Damit dan Idayu Yaakob bakal bergabung buat julung kalinya menerusi sebuah showcase eksklusif bertemakan “An Evening To Remember With Ayu, Idayu & Alyah”.

Trending Tue, 14 May 2024

“Orang Tak Tengok Saat Kita Sabar, Tapi Tengok Saat Kita Kurang Ajar” – Kak KM

“Orang tak tengok saat kita sabar, tapi saat kita kurang ajar,” demikian kata usahawan terkenal Liana Rosli atau Kak KM yang lantang mengulas punca sesuatu hubungan itu menjadi hambar dalam kehidupan berpasangan. Menurut Kak KM, […]

error: Content is protected !!