Euforia Bola 2026
Featured By: Dharnieya Nur Amelsa December 21, 2022 @ 5:03pm

[VIDEO] Qistina Raisah Kongsi Pengalaman Dengan Lelaki ‘Insecure’ – “Dia Akan Kongkong You Sampai Jadi Toxic!”

Tular sebuah video yang dikongsikan pelakon Qistina Raisah di TikTok mengenai perhubungan toksik.

Menerusi hantaran tersebut, Qistina berkongsi pengalaman bercinta dan turut meminta wanita di luar sana untuk mengelakkan diri bercinta dengan lelaki yang mempunyai sifat ‘insecure’.

Menurutnya, lelaki yang mempunyai sikap sebegitu hanya akan mengongkong sehingga membuatkan hubungan menjadi toksik.

“I nak cakap something based on my pengalaman, maybe lah orang kata adik kau ni kecil lagi kan, tak payah fikir sangatlah benda-benda macam ini. Tapi saya tetap nak cakap juga.

“Bagi saya perempuan dekat luar sana tak kisahlah rupa awak macam mana pun. Tolonglah jangan bercinta dengan lelaki yang insecure.

“Sebab kenapa? Lelaki yang insecure ni sangat teruk. Dia akan kongkong you. Bukan kongkong yang normal tau.

“Tapi dia akan kongkong you tahap dewa punya kongkong tu, sampai jadi toxic gila,” katanya.

Kata pelakon cilik itu lagi, lelaki yang insecure ini akan cemburu ketika melihat pasangannya berkawan atau berjumpa dengan orang lain sehingga perkara itu boleh menjadi isu untuk bergaduh.

“Kalau macam I sejenis orang yang kena berjumpa orang, friendly, suka berkawan dan tak sombong pun boleh jadi isu.

“Dia kan bila orang yang insecure ni, dia kekadang bila kita ada someone yang lebih elok dari dia padahal kita ni tak apa-apa ni kosong perasaan ni, kawan je!

“Tapi dia macam insecure, mulalah. Kau yang insecure tapi depan orang kau tak nak buatkan kau nampak macam boyfriend aku. Ha tapi bila orang cakap dengan orang lain insecure! Merajuk! Payah betul. Ha itu jelah nak cakap,” katanya.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 28,000 tontonan dan 4,423 tanda suka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 8 May 2019
Featured Wed, 15 Apr 2020
Hiburan Wed, 5 Sep 2018
Trending Thu, 15 Jul 2021

Bantuan RM600 Selama 4 Bulan Buat Semua Pekerja Di Malaysia

Melalui inisiatif Program Subsidi Upah 4.0, pihak kerajaan akan menampung sehingga 500 jumlah pekerja bagi setiap majikan bertujuan untuk membantu golongan majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19. Disamping dapat meneruskan operasi syarikat serta […]

Hiburan Tue, 18 Jun 2024
Trending Wed, 18 Nov 2020
Hiburan Fri, 8 Mar 2019

‘ Memang Ada Permohonan Tetapi…’- Ketua Pengarah IB Jawab Soalan Man Bai

Namun tarikh yang dimohon oleh pihak Man Bai telah pun diisi dengan program yang terlebih awal membuat permohonan.

error: Content is protected !!