Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari December 21, 2022 @ 3:54pm

Puteri Sarah Dedah ‘Penyondol’ Mengaku Ada Hubungan Dengan Suami Sehari Sebelum Bersalin Anak Ke-2, Individu Lain Pula Dakwa Mereka Dah Kahwin

Pelakon jelita Puteri Sarah Liyana berkongsi sebuah tangkap layar perbualan yang memaparkan individu memaklumkan kepadanya bahawa suaminya, Syamsul Yusof telah berkahwin dengan Ira Kaza.

Menerusi hantaran di Instagram Storiesnya (IGS), individu itu memaklumkan kepada Sarah, suaminya yang merupakan pengarah filem terkenal, Syamsul Yusof telah berkahwin dengan Ira dan mengetahui menerusi rakannya.

“Akak, my friend bagitahu Ira Kaza tu dah kahwin to your husband,” dedah individu itu.

Namun begitu, reaksi Sarah menarik perhatian ramai apabila hanya membalasnya dengan menggunakan gif.

“50% I don’t know. 50% I don’t care,” balas Sarah.

Di hantaran ini, dilihat Sarah turut menyebut (mentioned) akaun Instagram Syamsul.

Menerusi hantaran terbaru Sarah, dia mendedahkan pihak ketiga telah membuat pengakuan kepadanya yang mengatakan dia mempunyai hubungan bersama suami Sarah ketika dia sedang hamil anak kedua.

“Ramai salah faham pulak. Okay a day sebelum Sarah lahirkan Sumayyah tu is THE DAY.

“Pihak ketiga sendiri confessed to me dia ada HUBUNGAN dengan suami i. Masa itu I nine months plus preggy,” dedah Sarah.

Sehubungan itu, Sarah turut mempersoalkan tindakan pihak ketiga itu dan menyifatkannya sebagai tiada hati perut.

“Kenapa? I tak tau. Tak ada hati perut namanya itu,” luahnya lagi.

Malah, Sarah turut bertekad untuk membongkarkan segala perkara pada tahun 2023 dan memohon doa orang ramai semoga urusannya dipermudah.

Artikel Berkaitan: “Dua-Dua Toksik, Hipokrit.. Soroklah Selagi Boleh, Penipu!” – Puteri Sarah Berang, Tekad Mahu Bongkar Semua Tahun Depan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 27 Mar 2019
Hiburan Fri, 8 Mar 2019

Uqasha Senrose Akui Berat Bertambah Kerana Watak

Berat badan naik, Don’t care!

Hiburan Tue, 15 May 2018

Event Emcee Asks Audience to Chant Sexist Remark at TWICE

The emcee has apologised but people are still unhappy about the incident.

TECH Wed, 9 Jan 2019

Go Beast Mode on the New Lenovo Legion Y740 and Y540 Laptops

Bring your gaming experience to the next level.

Trending Mon, 16 Jun 2025
error: Content is protected !!