Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir December 23, 2022 @ 7:21pm

Teruja Kembali Buat Persembahan Selepas Lama Berehat, Aizat Amdan Kena ‘Body Shaming’ – “Kekuatan Yang Diberikan Merupakan Faktor…”

Penyanyi Aizat Amdan tidak mahu memberi sebarang respons mengenai isu ‘body shaming’ terhadap dirinya yang menjadi bualan hangat netizen di TikTok, baru-baru ini.

Memetik laporan Harian Metro, Aizat hanya fokus dan teruja untuk membuat persembahan di hadapan khalayak ramai selepas sekian lama ‘berehat’ kerana pandemik Covid-19.

“Saya tak nak jawab mengenai isu (body shaming) itu.

“Sejujurnya saya sama sekali tidak menyangka peminat yang hadir begitu ramai kerana tidak dinafikan artis tempatan mengalami kesukaran pada ketika ini.

“Terutama, buat penyanyi solo untuk mendapatkan crowd yang begitu ramai bukan mudah. Saya sememangnya terkejut dan teruja dengan sambutan yang diberikan,” katanya.

Tidak menyangka dengan sokongan yang diterima, Aizat menjadikan perkara itu sebagai satu semangat buatnya untuk terus berkarya.

“Malah, kekuatan yang diberikan itu juga merupakan faktor utama kenapa saya masih aktif dan terus berjuang menghasilkan muzik.

“Mereka datang dari seluruh pelusuk negeri untuk menyokong saya,” katanya.

Terdahulu, ramai netizen yang meninggalkan banyak komen yang mengaitkan tentang bentuk badan Aizat yang kembali berisi selepas berumah tangga.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Ada Yang Kritik Bentuk Badan Aizat Amdan… Netizen Tampil Pertahankan – “Biasalah Lepas Kahwin Bahagia”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 15 Jun 2018

Nick Jonas Perkenalkan Priyanka Chopra Kepada Keluarga. Bukti Hubungan Mereka Serius

Bawa Priyanka ke majlis perkahwinan keluarganya, bukti hubungan Nick Jones dengan pelakon Bollywood itu serius.

Featured Sun, 16 Sep 2018

Penggemar Sukan Berbasikal, Ini Tip Pemakanan Sihat Untuk Anda

Amalkan pemakanan ini untuk pecutan yang luar biasa!

LIFESTYLE Thu, 29 Aug 2019
Trending Thu, 8 Aug 2019

Punca Kemalangan Ambulans, Pemandu Dan Pesakit Maut

Kali ini pemandu ambulans dan pesakit maut dalam kemalangan

Events Mon, 25 Nov 2019

妇唱夫随!李李仁为陶晶莹站台献大马处女唱

陶晶莹演唱会引领全场走入时光隧道,特别嘉宾「姐夫」李李仁也卯足全力,以吉他为爱妻伴奏,随后又开口献唱,夫妇俩携手上演一场游走弹唱的甜蜜戏码!

Trending Wed, 4 Jul 2018

Kejam! Bayi ‘Diculik’ Mati Dalam Peti Sejuk Rumah Pengasuh

Sepasukan anggota bahagian siasatan jenayah yang membuat pemeriksaan di rumah berkenaan menemukan mayat bayi berkenaan lengkap dengan pakaian dan berbalut kain lampin serta disumbat didalam sebuah beg berwarna hijau.

Hiburan Sat, 2 Mar 2019

Bertuah Dapat Standing Ovation Di Asia Got Talent, 4 Gadis Malaysia Ini Memang Power

Sekurang-kurangnya mereka berani mencuba nasib dan bakat mereka di pentas Asia’s Got Talent

error: Content is protected !!