Euforia Bola 2026
Trending By: Yanie Baharom June 15, 2018 @ 3:00pm

Nick Jonas Perkenalkan Priyanka Chopra Kepada Keluarga. Bukti Hubungan Mereka Serius

Khabar angin tentang pasangan ini mula berhubungan sebenarnya bermula pabila mereka hadir ke Met Gala 2017 bersama-sama. Kali ini, berita itu sepertinya bukan lagi khabar angin kerana Jonas turut membawa Priyanka Chopra menghadiri majlis perkahwinan keluarganya.

Penyanyi lagu Jealous itu dilihat berpegang tangan dengan Priyanka kala tiba di resepsi keluarga itu pada Sabtu lalu, boleh kata sepertinya satu pasangan yang cukup intim bersama.

Priyanka tampil dalam dress berona emas, sambil melepaskan rambutnya disisir kemas paras bahu, manakala Jonas hadir dengan sepasang sut serta pumps berona putih membawa hadiah di tangan kala melangkah masuk ke lokasi resepsi di Atlantic City.

Foto: Koimoi

Pasangan itu kemudian disertai oleh beberapa orang ahli keluarga Jonas termasuklah pengiring pengantin lelaki iaitu Kevin Jonas dek kerana mereka menghadiri majlis perkahwinan Rachel Tamburelli.

Hari seterusnya, Priyanka mengenakan dress motif berbunga yang lebih kasual, sementara Jonas memakai checked shirt kala turut serta upacara perkahwinan untuk sesi brunch santai.

Priyanka dilihat relaks dan gembira berborak mesra bersama keluarga pasangan pengantin itu. Meskipun ini merupakan outing pertama mereka sebagai satu pasangan rasmi, berita mengenai hubungan mereka sudah lama diperkatakan.

Foto: harpersbazaar

Sumber: Tribune

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 15 Jun 2021

Pendedahan Eksklusif Di TV3 Malam Ini Bakal Mengejutkan Penonton

Setelah tular dokumentari eksklusif COVID : 19 yang dipaparkan di rancangan Majalah 3 bulan lalu, TV3 kembali lagi membawakan dua rancangan eksklusif yang membongkar realiti kehidupan dan kes jenayah yang berlaku di dalam negara. Dua […]

Featured Mon, 27 Mar 2023
Hiburan Sun, 11 Aug 2024
Featured Sat, 29 Mar 2025

[VIDEO] “Sekarang Pilih, Nak Saya Atau Amira Dijadikan Menantu?” – Erma Fatima Sakat Ibu Fattah Amin

Erma kelihatan mesra duduk bersebelahan dengan ibu aktor popular, Fatah Amin iaitu  Azizah Abdul Ghani sambil melihat balang kuih yang baru sahaja diterima.

Hiburan Tue, 19 Dec 2023

Takut Diserang Strok Kali Kedua, Esma Daniel Nekad Berhenti Merokok

Harapnya kesihatan abang Esma makin sihat Amin🤲🏻

Featured Mon, 30 Jun 2025
error: Content is protected !!