Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin July 23, 2020 @ 4:30pm

Wajib Pakai Pelitup Muka Bermula 1 Ogos Ini ATAU Denda Sebanyak RM1,000

Kerajaan mewajibkan penggunaan pelitup muka dalam pengangkutan awam dan di tempat awam yang sesak bermula 1 Ogos ini.

Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia akan membabitkan pengangkutan awam seperti bas dan Transit Aliran Ringan (LRT) serta tempat awam termasuk pasar dan pasar tani.

Orang ramai juga boleh menggunakan pelitup muka yang dijahit sendiri mengikut spesifikasi yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Denda sehingga RM1,000

Selain itu, kerajaan juga akan memantau restoran dan kedai makan di seluruh negara. Dan, bagi sesiapa yang didapati tidak mematuhi SOP, mereka akan dikenakan kompaun sebanyak RM1,000.

Manakala, jika terdapat pengusaha dan pelanggan melanggar SOP, tindakan menutup restoran yang terbabit akan diambil.

Tempoh terbaik pakai pelitup muka adalah 3 jam

Walaupun sebelum ini kerajaan tidak mewajibkan pemakaian pelitup muka namun, rakyat dilihat semakin alpa dalam mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Selama ini kerajaan tidak mewajibkan penggunaannya (pelitup muka) kerana akan membebankan kepada orang ramai yang berpendapatan rendah.

“Ia kerana tempoh terbaik untuk penggunaan setiap pelitup muka adalah selama tiga jam, kalau keluarga yang besar tanggungan tentunya akan membebankan.

Justeru itu, sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, marilah kita sama-sama terus patuhi SOP yang ditetapkan kerana kita semua masih belum menang!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 29 Mar 2023
Hiburan Mon, 14 Jul 2025
Trending Wed, 3 Feb 2021

Individu Langgar SOP Akan Dikenakan Kompaun Dan Denda Yang Tinggi – Ismail Sabri

Perhatian buat semua atau bakal dikenakan kompaun yang tinggi

Events Thu, 20 Mar 2025

Selepas 7 Tahun, Shahrol & Ajak ‘Comeback’ Di Pentas Temasya Komedi Rakyat

Shahrol dan Ajak mengaku tidak wujud perasaan kekok apabila digandingkan bersama menerusi pentas Temasya Komedi Rakyat

Trending Mon, 11 Feb 2019
error: Content is protected !!