Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain March 30, 2023 @ 3:37pm

Angan-Angan Kini Realiti! Impian Ernie Zakri Kongsi Pentas Dengan Siti Nurhaliza Jadi Nyata

Penyanyi Ernie Zakri meluahkan rasa terujanya untuk berada sepentas dengan penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza di Konsert Satu Suara Vol. 3 yang bakal berlangsung pada 13 Mei ini.

Menurut Ernie, dia sudah lama menyimpan angan-angan untuk berkongsi pentas dengan penyanyi terkenal itu.

Biarpun mempunyai komitmen yang pada menjelang tarikh tersebut, Ernie tetap bersyukur apabila segala urusannya dipermudahkan.

“Sejujurnya, angan-angan untuk berpadu suara dengan Siti sudah lama tersimpan dalam hati iaitu sebelum saya menjadi penyanyi lagi.

“Walaupun ketika tawaran tiba, saya terikat dengan komitmen, namun, saya cuba usahakan agar impian saya jadi kenyataan.

“Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan dan dapat saya menjayakan konsert ini serta menunaikan impian yang lama tersimpan,” katanya.

Selain Ernie, konsert yang bakal diadakan di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpuritu juga akan menampilkan penyanyi popular dari tahun 70-an iaitu Jay Jay.

ARTIKEL BERKAITAN: Pilih Ernie Zakri & Jay Jay Sebagai Gandingan Bersama, Siti Nurhaliza Bakal Adakan Konsert Satu Suara Vol.3 13 Mei Ini!

Sementara itu, Siti juga sempat menyatakan bahawa Ernie merupakan di antara penyanyi generasi baru yang dirinya ingin beraksi bersama di atas satu pentas.

“Buat masa ini, kami masih dalam proses pemilihan lagu. Seperti yang kita ketahui, Jay Jay ada banyak lagu sedap-sedap dan ramai hafal.

“Sama juga dengan Ernie. Ketika saya mula-mula hendak buat konsert ini, memang nama dua penyanyi ini yang muncul dalam fikiran.

“Saya fikir gandingan kami menepati konsep yang saya mahukan iaitu sebuah konsert yang menyatukan penyanyi daripada generasi berbeza,” katanya.

Terdahulu, Konsert Satu Suara dijayakan oleh Aizat, Faizal Tahir dan Datuk Seri Siti Nurhaliza pada tahun 2010 dan tahun 2015 pula menyaksikan trio Dato’ Ramli Sarip, Hetty Koes Endang dan Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi Konsert Satu Suara Vol.2.

Orang ramai sudah boleh membeli tiket dengan harga RM288, RM388, RM488, RM588 di www.myticket.asia atau menerusi hotline +603-86050196.

ARTIKEL BERKAITAN: Bina Sekolah Kanak-Kanak Di Gaza, Siti Nurhaliza Pendam Hasrat Untuk Melawat Demi Faktor Keselamatan

ARTIKEL BERKAITAN: Alami Batuk Berpanjangan, Jay Jay Cemas Tidak Dapat Menyanyi Dengan Baik

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 2 Nov 2025

Babah Bawa Tuah! Qi Razali, Sweet Qismina Dinobat Pelakon Terbaik FFM 34

Selayaknya Qi Razali & Sweet Qismina menang FFM 34!

Events Mon, 7 May 2018

Don’t Forget to Meet Your Favourite Malaysian YouTuber The Ming Thing

Mark your calendars because The Ming Thing is going on a campus tour.

Featured Sat, 15 Jun 2024
LIFESTYLE Sat, 31 Mar 2018

Shopping Has Never Been Easier and More Cost Saving Thanks to CJ WOW SHOP

It’s CJ WOW SHOP’s 2nd anniversary and they’ve got loads of surprises in store.

Hiburan Sun, 15 Feb 2026

Diberi Pilihan Antara ‘Love Or Gold’, Anna Jobling Utamakan Cinta Sejati

Anna Jobling lebih menghargai cinta sejati berbanding kemewahan material, termasuk barangan kemas.

Featured Wed, 2 Nov 2022
Hiburan Fri, 28 Jun 2019

Kurang Selesa Kongsi Soal Peribadi, Intan Ladyana Kunci Mulut

Kalau dah sampai hari bahagia, jangan lupa jemput kami yer!

Hiburan Tue, 12 May 2026

Fazura Sedia Nyanyi Lagu Hasil Sentuhan Aiman Sidek – “Your Time To Shine Now”

Fazura berkata pihak syarikat rakaman mewakilinya akan menghubungi Aiman dalam masa terdekat bagi meneruskan proses pembikinan lagu tersebut. 

Trending Mon, 9 Sep 2019

Dewan Tun Razak PWTC Terbakar!

Kebetulan MATTA fair sedang berlangsung dan api dapat dikawal

error: Content is protected !!