Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Fas May 19, 2019 @ 6:34am

‘Aafiyah Anak Ibu’ Bakal Tunai Umrah 23 Mei Ini!

Walaupun sudah beberapa kali menunaikan ibadah Umrah, penyanyi Dato Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 40,  menyifatkan kunjungan kali ini lebih bermakna.

Ini kerana buat pertama kalinya beliau bakal berangkat ke Tanah Suci bersama anak kesayangannya, Siti Aafiyah Khalid.

“ Ini doa sebelum saya mengandung lagi. Setiap kali pergi Umrah saya berdoa dikurniakan cahaya mata dan jika diizinkanNya suatu hari nanti saya akan bawa dia ke sana.

“ Alhamdulillah saya bersyukur doa dimakbulkan Allah. Saya tidak sangka Allah jawab doa saya dan diberi rezeki untuk ke sana bersama anak,” katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama peminatnya, Sitizoners dan penyampaian Anugerah Universal Music Malaysia di Dewan Tun Dr. Ismail, PWTC, semalam.

Tambah Siti, dia sudah membuat persediaan awal dengan menunaikan solat dengan Aafiyah di sisi.

“ Setiap kali saya menunaikan solat Tarawih, saya biarkan dia melihat apa yang saya lakukan. Jadi bila di sana nanti sedikit sebanyak dia terbiasa.

“ Saya juga sedang berfikir waktu yang sesuai untuk membawanya ke masjid ketika di sana nanti. Maklumlah di sana ada jutaan jemaah dari seluruh dunia, pasti ramai terutama di bulan Ramadan,” kata Siti memaklumkan akan turut membawa pengasuh untuk memantau keadaan Aafiyah.

Siti dan suami Datuk Seri Khalid Jiwa bakal berangkat ke tanah suci pada 23 Mei ini dan dijangka pulang ke tanah air pada 2 Jun nanti.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 2 Sep 2021

Penjawat Awam Boleh Perbaharui Cukai Jalan & Bayar Insurans Kenderaan Secara Ansuran

Penjawat awam berpeluang membuat pembayaran ansuran untuk memperbaharui insurans kenderaan bermotor milik sendiri dan cukai jalan tanpa faedah melalui potongan gaji. Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan, inisiatif tersebut bakal memberi peluang kepada […]

Hiburan Mon, 16 Dec 2019

Menang RM100,000, Apex Tajudin Mahu Beri Kejutan Buat Isteri

Semoga bertambah-tambah rezeki Apex dan keluarga…

Featured Fri, 29 Oct 2021
Anugerah Sun, 23 Jul 2023
Hiburan Wed, 4 Sep 2024
Hiburan Mon, 16 Mar 2026

“Merisik Di Media Sosial Mungkin Ada…” – Dr Fie Jawab Spekulasi Sudah Jumpa Pengganti

Dr Fie menegaskan dia tidak pernah menutup pintu hati untuk kembali berumah tangga

error: Content is protected !!