Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 December 16, 2019 @ 4:26pm

Menang RM100,000, Apex Tajudin Mahu Beri Kejutan Buat Isteri

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Betul tak?

Seperti Juara Mentor Milenia 2019, Apex Tajuddin atau nama sebenarnya, Ahmad Amirul Hafizi Ahmad Tajuddin yang terkejut selepas namanya diumumkan sebagai pemenang malam tadi.

Kemenangannya itu melayakkan Apex membawa pulang wang tunai RM100,000, trofi dan sebuah motosikal jenama Benelli dan peluang merakamkan single bersama Faizal Tahir. 

Apex tanpa berselindung berkongsi pelan untuk melakukan kejutan buat si isteri tersayang dengan wang kemenangannya.

“Pertama kali saya bersyukur pada Allah SWT kerana memberi rezeki ini dan saya sangat berbesar hati dan berbangga meskipun tidak pernah menyertai apa-apa program pertandingan realiti televisyen, saya berjaya sampai ke tahap ini. 

“Dengan wang yang bakal diterima, saya mahu membuka sebuah kedai nasi lemak buat isteri tersayang,” ujarnya kepada Xtra.

Bapa kepada seorang bayi berusia 6 bulan bernama Muhammad Danish Ar-Raaziqen yang dahulunya merupakan salah seorang ‘busker’ di Kuala Terengganu memberitahu isterinya menjual nasi lemak di hadapan rumah mereka. 

Apex meluahkan dia menyertai Mentor Milenia dengan harapan untuk merubah nasib hidup mereka sekeluarga, lebih-lebih lagi selepas dia berumah tangga dan mempunyai cahaya mata.

 

“Niat utama saya sejak awal pertandingan adalah untuk membawa ayah, mak, mak mertua dan isteri untuk pergi menunaikan umrah jika saya menang. 

“Saya masuk pertandingan ini pun sebab saya nak merubah nasib keluarga saya.  Asalnya, saya bekerja sebagai ‘busker’ di kampung halaman dan isteri saya jual nasi lemak. Kami hanya jual di depan rumah saja. Insha Allah saya mahu kembangkan bisnes nasi lemak dia, mungkin buka kedai,” ujar Apex. 

Apex juga berniat untuk menjamu para penyokongnya dengan nasi lemak hasil masakan isteri tersayang sebagai tanda terima kasihnya kepada mereka yang tidak jemu-jemu menyokongnya. 

Bagi Hazama yang merupakan Mentornya, dia menyifatkan Apex sebagai seorang yang rendah diri dan sentiasa ingat kepada Tuhan dan keluarganya dan berharap Apex kekalkan sifat-sifatnya walaupun sudah popular nanti. 

Kredit: Zek dan Instagram @apextajudin 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 22 Jan 2026

“Jangan Salah Faham, Video Itu Hanya Content” – Zairi Aziz

Zairi Aziz berkata video yang memaparkan dirinya bersama rakan selebriti, Farihin Arnia, hanyalah kandungan hiburan

Hiburan Wed, 23 Nov 2022

“Lupa Nak Turn!” – Gelagat Neelofa & Nurin Afiqah Ikut Trend TikTok Buat Netizen Terhibur

Pempengaruh Nurin Afiqah sedang mengikuti trip bersama dengan Neelofa untuk sebuah jenama yang diusahakan oleh selebriti itu. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik sendiri oleh Nurin di laman TikTok sehingga berjaya meraih perhatian. Menerusi […]

Featured Tue, 10 May 2022

Nasi Goreng Kosong Dengan Telur Punca Pergaduhan Di Restoran

Pasal nasi goreng pun boleh bawa gaduh ke?

Featured Wed, 12 Apr 2023
Featured Wed, 6 Nov 2024

Wan Sharmila Kongsi Detik Cemas, Alami Sesak Nafas Akibat Terjerut Selendang Jemaah

Pelakon Wan Sharmila berkongsi detik cemas apabila memaklumkan dia mengalami sesak nafas termasuklah tudung di tarik ketika berdoa di Multazam.

Featured Thu, 22 Dec 2022
Featured Mon, 3 Mar 2025

Ismail Sabri Yaakob Kini Suspek, SPRM Beku 13 Akaun Bank Bernilai RM2 Juta

Tindakan ini adalah sebahagian daripada siasatan berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram.

error: Content is protected !!