Euforia Bola 2026
Featured By: Halimey Zamal December 23, 2022 @ 4:15pm

Manisan ‘Sweet Table’ Kena Kecam, Ini Penjelasan Fazley Yaakob

Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob sering dikecam segelintir wargamaya akibat manisan ‘Sweet Table’ yang mengundang kontroversi.

@fazleyyaakob BALIK-BALIK SWEETTABLE KENA KECAM! Semalam, saya menjamu beberapa rakan-rakan media di @sukasucrebistro sempena tradisi hujung tahun dulu-dulu. Dan sebagai penutup tirai, saya mempersembahkan Sweet Table — sajian ‘live’ manisan-manisan disusun dan dilukis atas meja, beralaskan kertas ‘baking paper’. Seperti biasa, lepas diupload ke Instagram serta Facebook, ramailah mula berkata-kata macam-macam kata-kata yang kurang sedap dibaca… TETAPI IA SEDAP DI MAKAN TAU! Haha 😂 Biasalah ada yang kecam, ada juga yang kagum. Ada pula yang cakap “ini ART!”. Ini bukanlah ‘art’, ini adalah cara saya persembahkan dessert. Ini dah memang style saya hampir 8 tahun. Kepada mereka yang tak pernah tahu, tengoklah video ini. Pada mereka yang tahu, terima kasih sebab sokong. Dan kepada mereka yang pernah menjadi antara ratusan ‘penonton’ Sweet Table dan kerap menjadi untuk repeat customer — TERIMA KASIH! Apa pun, netizen tetap win, tanpa netizen, siapalah saya? 💕 @Suka Sucre Bistro #sweettablebydfy ♬ I Love Paris Alternate Swing version – de Boisfleury, Arnaud

Menerusi perkongsian Fazley di laman TikTok, dia menjelaskan konsep ‘sweet table’ adalah pencuci mulut yang sudah lama dilakukan olehnya di Malaysia dan negara-negara lain.

“Sweet table kena kecam? Sweet table ni saya buat hampir 8 tahun.

“Saya dah bawa sweet table saya ke Singapura, Brunei, London, Paris dan sekolah masak di Le Cordon Bleu. Ia adalah presentasi makanan, nampak macam campak-campak tapi bukan bagi ayam makan. Itu adalah satu cara untuk buat persembahan manisan di atas meja.

“Itu adalah signature sweet table, tapi kepada orang yang first time nampak, tengok video yang saya buat ni dah hampir lapan tahun. Kena kecam? Itu biasa, tapi bukan saya baling rezeki, itu perkongsian cara untuk saya hasilkan manisan di atas meja. Ada yang ramai kecam, ada juga yang ramai order apapun terima kasih netizen,” jelas Fazley.

Hasil tinjauan di ruangan komen, wargamaya mempertahankan hidangan makanan Fazley tersebut dan memuji ia nampak sangat menyelerakan dan begitu kreatif.

“Your sweet table is impressive Chef! I suka lah.

“Laaa.. konsep yang sama la dengan shellout hadoi.

“Bagi aku tak kisah macam mana cara dia hidangkan, yang penting bersih dan sedap,” komen netizen.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 306,000 tontonan dan lebih 31,000 tanda suka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Hari Ini Wed, 29 Apr 2020

Negara Kini Memasuki Fasa Pemulihan, Rakyat Dituntut Terus Patuh Arahan PKP

Ayuh rakyat Malaysia, kita bersatu dalam hal ni!

Featured Tue, 13 Sep 2022

“Bukan Nak Tunjuk Alim!”- Nad Zainal Akui Lebih Selesa Pakai Baju ‘Baggy’ Masuk Gym

Okaylah tu pakai baju besar-besar. Baru selesa nak gerak! Korang ni pun, kang kecam pulak.😅

Hiburan Tue, 15 Oct 2019
Hiburan Tue, 8 Jul 2025
Hiburan Mon, 9 Aug 2021

Sumbang Lebih RM13,000 Untuk Korban Di Gaza, Nadir Al-Nuri Dedah Kebaikan Siti Sarah – “Kalau Boleh Saya Nak Diam-Diam Je…”

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri mendedahkan sifat pemurah yang dimiliki oleh penyanyi Siti Sarah yang meninggal dunia sebentar tadi. Menurut Nadir, dia terkejut selepas mengetahui perkhabaran mengenai pemergian penyanyi itu kerana dia […]

Featured Mon, 17 Dec 2018

Ini Cara Menabung Paling Kreatif, Bermula Dari RM1 & Hasil Sebulannya Dapat RM465!

Jika dilakukan secara berterusan selama 12 bulan, jumlah tabungan adalah RM5,580!

error: Content is protected !!