Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir December 23, 2022 @ 6:28pm

Tak Sampai Setahun Jadi Ibu Tunggal Dah Berkahwin Jadi Kritikan Netizen, Ini Respons Anita Baharom

Pelakon Anita Baharom tidak mahu ambil serius dengan kata-kata netizen yang mempersoalkan tindakannya mendirikan rumah tangga dengan suami, Engku Isyamuddin sebelum setahun bergelar ibu tunggal.

Memetik laporan Gempak, dia sudah mendapatkan pandangan daripada beberapa pihak sebelum membuat keputusan untuk berkahwin dan sama sekali tidak melanggar hukum agama.

“Bagi saya perkahwinan yang kami bina ini langsung tidak melanggar hukum. Untuk apa nak takut dengan cakap orang. Saya dan suami buat perkara yang sepatutnya dan menghalalkan hubungan kami itu lebih baik.

“Kami berdua lebih tahu diri kami macam mana. Malah kalau ikut hukum hakam pun tiada salah. Tiada juga dalil yang kata kalau tak cukup setahun bergelar ibu tunggal itu berdosa untuk bernikah.

“Alhamdulillah segala keputusan diambil bukan daripada saya sendiri, saya minta pendapat ahli keluarga terdekat dan saudara mara juga.

“Mereka kata hubungan baik elok dipercepatkan, tak baik ditangguh. Itu yang bagus dan lebih afdal,” katanya.

Selain itu, ibu kepada tiga cahaya mata ini berharap agar perkahwinan keduanya mampu menjadikan dirinya seorang isteri dan ibu yang lebih baik.

“Ini merupakan dunia baru untuk saya, ibaratnya Allah beri peluang kedua kepada saya agar menjadi yang lebih baik.

“Saya berazam untuk menjadi isteri yang lebih mithali dan ibu yang baik kepada anak-anak. Termasuk juga anak-anak suami.

“Pengalaman yang lepas cukup indah untuk saya, tapi dengan perkahwinan yang kedua ini saya harap akan menjadi lebih baik dan bertambah indah, Insya-Allah,” ujarnya.

Anita sah bergelar isteri kepada Engku Isyamuddin yang merupakan bapa tunggal kepada lapan cahaya mata dan selamat dinikahkan oleh abang pengantin perempuan, Zulkifly Baharom.

Untuk rekod, Anita pernah mendirikan rumah tangga dengan penerbit televisyen, Mohd Ismadi Ismail namun telah meninggal dunia pada 1 Januari lalu.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Syifa Dhia Nurina, 15, Mohamad Dhia Iskandar, 11, dan Mohamad Dhia Mikail, 8.

Bagi Engku Isyamuddin, ini merupakan perkahwinan kali keempat selepas berpisah dengan kesemua bekas isteri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Wed, 28 Mar 2018

Muat Turun Data Di Facebook Untuk Keselamatan, Kami Kongsikan Caranya!

Oh ya! Korang perlu bersabar sikit ya memandangkan ia bakal mengambil masa beberapa minit bergantung kepada berapa banyak data anda dan berapa lama anda menjadi pengguna Facebook.

Hiburan Thu, 10 Apr 2025
Hiburan Tue, 26 Mar 2019

4,000 Peminat Banjiri Stadium Axiata Arena Demi Ong Seong Wu

Peminat mesti fanatik jumpa oppa diorang kan?

Hiburan Tue, 14 Jan 2020
Hiburan Wed, 12 Dec 2018
Events Fri, 4 Oct 2019

‘Dah Macam Pesta Coachella’- Karnival Starlight Pertama Di Genting Bawakan Zouk Secara Live!

Karnival ini raikan pesta Oktoberfest, Zouk Live dan banyak lagi!

Hiburan Mon, 18 Feb 2019

Age Beautifully and Healthily with Anti-Ageing Recommendations

Gotta look good to keep up with the flow!

Hiburan Mon, 28 Apr 2025

[VIDEO] Momen Anak Fattah Amin Lambai & ‘High 5’ Amira Othman Curi Tumpuan

Fatima dilihat mesra melambai dan high 5 Amira Othman

error: Content is protected !!