Euforia Bola 2026
Events By: Atiqah Johari December 25, 2022 @ 8:04pm

Meriah! Konsert 7Belas 6ixth Sense Hiburkan 1,400 Peminat

Setelah 17 tahun berkecimpung dalam industri muzik, 6ixth Sense menyambut ulang tahun dengan mengadakan konsert sulung yang diberi nama 7Belas, bertempat di Panggung Asia, Gombak pada Sabtu.

Konsert 7Belas ini menampilkan persembahan istimewa buat peminat dengan mendendangkan 30 buah lagu dari album pertama hingga keenam.

Konsert yang berlangsung selama dua jam itu dibahagikan kepada tiga segmen beserta ‘surprise element’.

Sebagai pembuka tirai, 6ixth Sense mendendangkan lagu berjudul Berjanjilah diikuti dengan Hikayat Cinta, Begitu Indah, Cinta Mati, 7Belas, Sebuah Maksud, Menyesal, Sepi, Rayuan Gombal, Haruskah, Wajah, Bintang, Dari Hati, Hossi dan 7 Kali Malam Minggu.

Di segmen kedua, kumpulan 6ixth Sense membawakan lagu dalam versi akustik bagi lagu Semanis Cinta, Seteguh Karang, Maafkanku, Kelam, Long Distance, Flowers dan Cinta Yang Sempurna.

Pada segmen ini juga 6ixth Sense mendendangkan ‘Seteguh Karang’ sebagai tribute kepada Mujahid NowSeeHeart yang telah kembali kerahmatullah di Bandung, 17 Jun lalu.

Kumpulan yang dianggotai Adi Priyo (vokalis), Athan (gitaris), Gjie (keyboard), Wan (drummer), Ayoy (bass) dan Harry (gitaris) itu membuat persembahan penutup dengan lagu-lagu popular mereka seperti Khatimah Cinta, Tak Bisa Memilihmu, Sebait Hati, Memories, Tremendous, Hari Ini & Semalam, Tanpa dan Yang Sempurnakanku.

Konsert yang dihadiri lebih 1400 penonton itu secara tidak langsung mengubati rindu peminat terhadap 6ixth Sense.

Bukan itu sahaja, 6ixth Sense turut berharap bahawa konsert 7Belas ini akan menjadikan satu memori terbesar bagi ‘Deriaku’.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 23 Jun 2026

OST Zaman Remaja Kembali Hidup, Peminat Tak Sabar Saksikan MCR & Evanescence Gegar KL November Ini!

Kehadiran kedua-dua kumpulan ikonik itu bukan sekadar menghidangkan persembahan bertenaga, malah menjadi momen nostalgia buat generasi yang membesar dengan lagu-lagu mereka pada awal tahun 2000-an.

Hiburan Wed, 26 Jul 2023
Featured Wed, 3 May 2023

Isu Serang Kamal Adli, Mahkamah Singapura Beri Kebenaran Tangguh Kes Selama 4 Minggu

Kes ditangguh 4 minggu untuk melengkapkan siasatan ke atas tertuduh

Hiburan Tue, 24 Mar 2026

Fazura Respons Individu Wanita Kongsi Terima Duit Raya Daripada Suami Selepas 23 Tahun Kahwin – “RM5 Pun Gembira Kan, Apatah Lagi…”

Fazura pernah mendedahkan dia sendiri tidak pernah menerima duit raya daripada bekas suaminya, Fattah Amin

Hiburan Mon, 3 Nov 2025
error: Content is protected !!