Featured By: Khairil Khusyairi December 28, 2022 @ 5:14pm

Kehilangan Bapa Beri Kesan Cukup Mendalam, Noki Tekad Perbaiki Diri – “Saya Perlahan-Lahan Berubah…”

Penyanyi Noki menganggap kehilangan arwah bapanya baru-baru ini ternyata memberikan kesan yang cukup mendalam pada dirinya.

Noki atau nama sebenarnya Ahmad Ikhwan Aji turut memberitahu bahawa arwah bapanya, Aji Lee Ahsam mempunyai penyakit lumpuh.

“Sejujurnya, sukar untuk saya gambarkan perasaan saya ketika saya kehilangan arwah ayah saya. Rasanya seperti hilang separuh badan, seakan-akan saya lumpuh.

“Arwah memang ada penyakit lumpuh separuh badan dan di kedua-dua kaki dan hanya terlantar atas katil. Bagaimanapun, arwah tiada sebarang penyakit kronik. Tapi, kini arwah sudah boleh berehat di alam sana tanpa perlu menderita lagi,” ujarnya.

Jelas anggota kumpulan K-Clique ini lagi, dia dan keluarga terkejut apabila arwah bapanya sempat menukar tarikh lahirnya di media sosial kepada tarikh meninggal.

“Selama ini, bapa saya tak boleh potong kuku kakinya sendiri tetapi sebelum pergi, semuanya dipotong sendiri. Kemas dan cantik pula tu.

“Malah, dia juga sudah mandi dan buang segala hadas. Proses tersebut memudahkan urusan mandi jenazah. Dia seperti dah tahu.

“Apa yang membuatkan saya dan adik- beradik lain terkejut, bapa saya sempat menukar tarikh lahirnya di Facebook kepada tarikh dia meninggal,” jelas Noki.

Finalis Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL 37) ini juga tekad dalam membantu keluarganya dan turut berpegang pada nasihat arwah bapanya.

“Walaupun saya ini anak bongsu tetapi yang lebih berkemampuan sedikit di dalam keluarga adalah saya. Saya percaya, rezeki yang saya peroleh saat ini, bukan saya yang punya. Ia hanya asbab untuk saya bantu keluarga.

“Itu menguatkan saya sampai sekarang. Saya akan pegang nasihat arwah untuk sentiasa menjaga solat. Daripada solat, kita akan menghindar daripada perkara yang bukan-bukan.

“Meski saya belum sempurna, saya akan perlahan-lahan berubah ke arah yang lebih baik,” kongsinya.

Allahyarham bapanya, Aji Lee Ahsam, 66, meninggal dunia di kediamannya di Kampung Sipitang Sabah pada 9 Disember lalu.

Sumber: Getaran

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 25 Jul 2023
Hiburan Tue, 27 Mar 2018

IN2IT’S Jinsub Departs From Group with Sincere Handwritten Letter

IN2IT’s Jinsub has decided to depart from the group due to health issues.

Featured Thu, 12 Aug 2021

Abang Siti Sarah Sudah Ditidurkan, Doktor Mahu Rehatkan Paru-Paru

Abang Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Ahmad Firdous yang dimasukkan ke Hospital Serdang akibat positif COVID-19 telah dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan ditidurkan sejak jam 5 pagi tadi, boleh membolehkan paru-parunya berehat. Perkara itu […]

Featured Fri, 30 Dec 2022

Kalah Main Badminton, Imran Aqil & Dahlia Rizal Terpaksa Cium Stokin!

Pelakon dan penyampai radio, Imran Aqil dan tunang, pempengaruh Dahlia Rizal terpaksa mencium stokin setelah tewas dalam permainan badminton. @imjeebsterpantang undur kecuali operasi♬ original sound – iJeebster Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Dahlia […]

Trending Hari Ini Tue, 2 Jun 2020

Isu Maut Dilanggar Pemandu Mabuk, Kerajaan Sedia Beku Pengeluaran Lesen Jual Arak

Apa-apapun keputusan adalah demi kebaikan bersama…

Hiburan Wed, 4 Sep 2019

Saya Boleh Terima Teguran Tapi Bukan Cacian – Sharifah Amani

Kita akan lebih jauh hati kalau dicaci dari dibantu, betul kan?