Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari December 28, 2022 @ 7:06pm

“Bukan Kami Yang Buang Tapi…” – Noki Sahkan Tuju ‘Angkat Kaki’ Dari K-Clique

Baru-baru ini, anggota kumpulan K-Clique, Noki memaklumkan bahawa Tuju yang juga merupakan anggota kumpulan itu telah meninggalkan band hip hop tersebut dengan rasminya.

Memetik laporan Harian Metro, Noki atau nama sebenarnya Ahmad Ikhwan Aji menegaskan bahawa Tuju membuat keputusan untuk meninggalkan K-Clique adalah atas kemahuan sendiri ketika di temu bual oleh sebuah program televisyen.

“Betul… Tuju memang sebenarnya sudah keluar dari kumpulan K-Clique. Saya rasa sudah tiga atau empat bulan kalau tidak silap.

“Bukan kami yang buang sebaliknya kehendak Tuju sendiri. Mungkin dia mahu fokus kepada jenama Tuju Loca dan keluarganya.

“Saya akhirnya membuka mulut kerana setiap kali kami memuat naik video atau gambar, pasti ada peminat yang tertanya-tanya di ruangan komen,” ujar Noki.

Bukan itu sahaja, Noki turut berkesempatan mengulas mengenai single BKNR yang dikeluarkan oleh Tuju dan Loca B yang didakwa menyindir K-Clique.

“Berkenaan lagu terbaru yang dilancarkan oleh Tuju dan Loca B itu, saya mengambil pendekatan untuk tidak memberikan sebarang komen. Kami fokus buat diri sendiri dan perjalanan kerjaya kami.

“Bagi saya, lagu itu sebuah karya yang baik dan jika niat mereka untuk memajukan nama mereka dalam industri, maka teruskan kerana kami sentiasa sokong kerjaya mereka.

“Namun, sekiranya niat mereka hendak ‘diss’ (menyindir) kami dalam lagu, terpulang kepada mereka. Ini kerana kami tidak mengeluarkan sebarang komen berhubung isu itu dan menyerahkan sepenuhnya kepada mereka,” jelasnya lagi.

K-Clique didakwa mempunyai perselisihan faham antara anggota apabila Tuju dilihat tidak ikut serta dalam persembahan di Konsert Havoc Midnight di Shah Alam pada September lalu, namun kontroversi tersebut dinafikan oleh MK.

Untuk info, kumpulan hip hop yang terkenal dengan lagu Mimpi itu dianggotai oleh lapan orang pemuda yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah iaitu MK, Noki, Tuju, Somean, KDeaf, FareedPF, Gnello dan NastyNas.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 10 Jul 2021

Mencari Erti Cinta Abadi, Tak Mahu Dikongkong… Sissy Imann Kini Tampil Bebas!

Sissy Imann kini tampil ‘Bebas’! Itulah tajuk lagu terbaharu beliau yang kini telah pun berada di pasaran sejak 11 Jun 2021 yang lalu. Lagu Bebas ciptaan trio Mas Dewangga, Jova Devito dan Aden King ini […]

Hiburan Fri, 15 Nov 2019

李佩玲玛莎任「左肩的声音挑战赛」宣传大使!促进中马友谊

中国驻马大使馆办「左肩的声音」挑战赛促中马友谊,任李佩玲和玛莎为宣传大使,全力站台!

Trending Wed, 29 Sep 2021

“Foto ‘B*gil’ Penuh Akan Disiarkan Sekiranya..” – Nam Ron

Pelakon berbakat besar, Nam Ron memuat naik dua foto tidak berbaju di laman Twitter miliknya dan ia mendapat perhatian warganet. Menerusi ciapan yang dikongsi semalam, Nam Ron atau nama sebenarnya, Shahili Abdan, 52, secara sinis […]

error: Content is protected !!