Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi December 28, 2022 @ 5:59pm

Kes Saman Kakak Ipar, Mahkamah Tolak Rayuan Ali Puteh… Diperintah Bayar RM60,000

Pelawak Ali Puteh gagal dalam rayuannya bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen  berhubung bayaran ganti rugi saman fitnah berjumlah RM60,000 terhadap kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd Ali.

Memetik laporan media, Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh turut menolak rayuan Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya untuk mengetepikan keputusan mahkamah sama yang menolak tuntutan samannya terhadap usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan Siti Norhidayah, berkaitan satu temu bual yang disiarkan secara langsung menerusi akaun Youtube Aliff Syukri.

Sementara itu, rayuan Siti Norhidayah untuk menaikkan jumlah ganti seperti yang diperintahkan mahkamah pada 18 Februari lalu selepas membenarkan tuntutan samannya, turut ditolak.

Peguam Noorazmir Zakaria yang mewakili Ali Puteh berkata, setakat ini beliau tidak menerima apa-apa arahan susulan daripada anak guamnya sama ada untuk mengemukakan rayuan.

“Kita terima keputusan mahkamah.

“Prosiding hari ini dilaksana secara tertutup menerusi aplikasi Zoom. Anak guam saya, Ali tidak ada bersama, tapi saya sudah maklumkan perkara ini.

“Setakat ini saya belum menerima apa-apa arahan daripada anak guam untuk buat rayuan. Pihak kita terima keputusan dibuat mahkamah hari ini,” katanya.

Dalam prosiding itu, Siti Norhidayah diwakili peguam Mohamed Ibrahim Mohamad.

Kemelut antara mereka tercetus apabila Norhidayah memfailkan saman keseluruhan berjumlah RM900,000 terhadap Ali Puteh sekeluarga, antara lain menuduh bekas adik iparnya itu mengambil harta Abam dan harta anak yatim pada Mei 2020.

Selain itu, Norhidayah juga turut memfailkan tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya.

Pada 27 Ogos 2020, Ali memfailkan saman fitnah terhadap Norhidayah dan Aliff Syukri.

Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar yang juga abang Ali Puteh meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.

Sumber: Berita Harian & Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 15 Jan 2021
Featured Wed, 21 Aug 2019

Badan kurang air? Jangan minum air banyak ketika perut kosong

Penat saja minum tetapi tiada manfaatnya.

Featured Tue, 13 Mar 2018

Apa Anda Perlu Buat Bila Duduk Berhampiran Dengan Budak Banyak Ragam Di Dalam Kapal Terbang

Menurut kajian, 37 peratus penumpang lebih sanggup duduk di sebelah orang dewasa yang berbau badan daripada duduk sebelah bayi yang menangis.

Hiburan Wed, 15 May 2024
Hiburan Mon, 23 Feb 2026

Derita Kanser Paru-Paru, Anak Sulung Amyza Aznan Meninggal Dunia

Anak sulung Amyza Aznan meninggal dunia, Al-Fatihah.

Featured Tue, 18 Feb 2020

Pelakon Ashraf Sinclair meninggal dunia akibat serangan jantung

Pemergiannya ditangisi keluarga dan peminat!

Trending Tue, 19 Jun 2018

Anak bekas Exco Terengganu Maut Dalam Kemalangan

Ketua Jabatan Siasatan dan Pengkuatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Abd. Razak Hasan berkata, kejadian yang berlaku di simpang tiga itu melibatkan sebuah kereta jenis Proton Persona dipandu wanita berusia 30 tahun dan mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Y15ZR.

Featured Fri, 25 Apr 2025

“Tak Pernah Habis Dari Saya Kecil Sampai Besar” – Sebak! Nabila Huda Reda Terpisah Dengan Bapa

Pelakon popular, Nabila Huda atau lebih mesra dengan panggilan Abil, gagal menahan sebak selepas diajukan soalan mengenai bapanya yang juga penyanyi rock legenda, Amy Search.

Trending Sat, 31 Oct 2020
error: Content is protected !!