Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir December 28, 2022 @ 7:17pm

Ameera Khan Dedah Punca ‘Hilang’ – “Banyak Masa Saya Bersendirian…”

Pempengaruh dan adik kepada selebriti terkenal Neelofa, Ameera Khan memberitahu antara sebab dia mengambil keputusan untuk menghilangkan diri dari sosial media.

Menerusi perkongsian di sesi ‘live’ di Instagram miliknya, Ameera merasakan dirinya dibenci masyarakat dan perlu berehat daripada sosial media kerana berasa tertekan dalam dunia maya.

“Saya ada Instagram, orang bercakap tentang saya. Saya berehat daripada Instagram pun orang masih lagi bercakap mengenai saya.

“Sebagai wanita yang masih muda, saya tertekan dan rasa dibenci. Jadi saya perlu berehat,” katanya.

Menurutnya, sepanjang tempoh berehat selama enam bulan tersebut, Ameera banyak menyendiri, namun dia tidak menggalakkan orang lain untuk berbuat demikian.

“Selama enam bulan berehat daripada media sosial, saya habiskan masa dengan keluarga, mengembara, bersenam dan membaca.

“Tapi hampir kebanyakan masa saya akan bersendirian. Saya tidak galakkan anda untuk berbuat begitu, cuma saya hanya mahu berehat,” ujarnya.

Disoal mengenai dirinya menutup muka sewaktu bergambar bersama keluarga, dia menjelaskan bahawa enggan masyarakat bercakap apa-apa tentangnya dan mengetahui kegiatannya sepanjang tempoh berehat.

Namun, Ameera mengakui dia tidak boleh meninggalkan sosial media sepenuhnya kerana telah membesar dengan platform tersebut.

“Kenapa tutup muka? Sebab saya tidak mahu orang bercakap apa-apa tentang wajah saya. Mereka (netizen) selalu bercakap tentangnya. Saya tidak mahu orang tahu apa-apa tentang saya.

“Saya membesar dengan Instagram. Saya tidak boleh tinggalkannya 100 peratus, cuma saya reset sementara diri daripada semua orang,” jelasnya.

Pada Julai lalu, Ameera tiba-tiba ‘hilang’ dari Instagram dan bertindak memadam semua foto dan perkongsian dalam platform tersebut.

Terkini, pada Sabtu lalu, dia membuat kemunculan semula apabila kembali aktif dalam Instagram sekali gus mengubat hati pengikut yang merinduinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 30 Jun 2026

“Semoga Yang Benar Terus Dilindungi” – Bella Astillah Percaya Setiap Ujian Dilalui Syed Saddiq Ada Hikmah

Bella berharap segala urusan membabitkan Saddiq dipermudahkan dan diberikan kekuatan dalam menghadapi detik penting itu.

Hiburan Sat, 15 Sep 2018

Panggilan ‘Kau Aku’ Dengan Suami, Syatilla Melvin Jawab Kritikan Netizen

Sebagai isteri saya tahu menjaga batas. Tidak semestinya apabila saya membahasakan diri ‘aku’ dan ‘kau’, itu bermakna saya tidak menghormati Sam sebagai suami.

Hiburan Tue, 12 Dec 2017

Bieber Pelawa Keaton Jones, Mangsa Buli Viral

Awak Boleh Anggap Saya Kawan”, Bieber Pelawa Keaton Jones, Mangsa Buli Viral Jadi Kawan Di Instagramnya

Events Thu, 4 Apr 2019

Here’s Where You Can Purchase Tickets to Westlife’s Tour Stop in Kuala Lumpur

They’re coming in August and people have been raving about it!

Hiburan Fri, 20 Feb 2026

“Waktu Berbuka 7.29 Malam, Kenapa Menggeletis Nak Balik Kerja Awal?” – Kenyataan Cef Zam Cetus Perdebatan Hangat Netizen

Cef Zam mempersoalkan alasan mereka yang dikatakan tergesa-gesa untuk pulang sebelum waktu berbuka puasa

Featured Thu, 3 Nov 2022
Hiburan Mon, 3 Dec 2018
error: Content is protected !!